Meninggal Dunia Pada 2014
ALMARHUM HAJAH SITI HAJAR BINTI HJ SAAD
Saya ialah anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Bapa saya, Haji Saad, ialah seorang bekas pegawai polis bersara pilihan. Dia kemudian berkhidmat sebagai pemandu di Jabatan Haiwan sehingga dia bersara pada tahun 1982. Ibu saya, Hajah Esah ialah seorang suri rumah yang secara sambilan mengajar Al Quran kepada kanak-kanak di kampung. Pada awal zaman persekolahan, oleh sebab pendapatan bapa yang kecil, saya dan adik perempuan saya membawa juadah jualan ibu untuk dihantar ke kedai-kedai dalam perjalanan kami ke sekolah dan seterusnya mengambil hasil jualan serta bekas kuih apabila pulang dari sekolah. Kesemua adik saya berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, tetapi saya memilih untuk bersekolah di sekolah harian biasa kerana saya ingin membantu ibu yang ketika itu sentiasa sakit dan sering keluar masuk hospital.
Ketika saya di sekolah menengah, saya menggunakan basikal untuk berulang-alik ke sekolah sejauh 14 batu iaitu SMK Kampung Baru Bukit Mertajam. Di sekolah ini saya memasuki kelas peralihan untuk meneruskan pengajian aliran Inggeris. Selepas tingkatan tiga, saya berpindah ke sekolah menengah kedua iaitu Sekolah Menengah Convent Bukit Mertajam dan memasuki aliran sains. Selepas mendapat keputusan peperiksaan MCE , saya berpindah pula ke High School Bukit Mertajam untuk belajar di tingkatan enam di bidang Sains. Memang cita-cita saya ingin menjadi seorang doktor. Namun cita-cita hanya tinggal cita-cita. Pada tahun 70an, menjadi guru adalah kebanggaan ibu bapa. Tanpa pengetahuan saya, bapa telah membuat permohonan bagi pihak saya untuk mengikuti kursus perguruan. Saya terpaksa membenamkan hasrat untuk menjadi doktor dan meninggalkan tingkatan enam, kerana saya telah berjaya dipilih untuk mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, di Tanjung Malim , Perak. Dari tahun 1976 hingga 1977, saya telah menimba ilmu perguruan dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti di maktab ini sehinggalah saya akhirnya tamat kursus dan ditempatkan di SM Sik Kedah Darul Aman.
Di sekolah yang terletak jauh di pedalaman ini, bermulalah kerjaya saya sebagai seorang guru. Saya telah diberi pelbagai jawatan dan dilantik sebagai warden asrama pada tahun keduanya. Di asrama yang belum cukup siap dengan kelengkapan asas seperti bekalan air dan tenaga elektrik serta pelajar yang tidak biasa dengan kehidupan di asrama, begitu mencabar kesabaran saya. Saya masih ingat bagaimana saya dan pelajar-pelajar aspuri terpaksa mandi di sungai dan kadangkala di telaga berdekatan dengan sekolah dan bagaimana kami semua terpaksa berkongsi lilin pada musim hujan kerana bekalan elektrik yang ditarik dari sekolah terpaksa di putuskan demi keselamatan saya dan pelajar. Saya bukan sahaja seorang guru malah juga seorang ibu, doktor dan seorang kaunselor di asrama. Kebanggaan saya adalah apabila SMK Sik telah dinobatkan sebagai Sekolah Luar Bandar Gemilang pada tahun 1982. Sehingga hari ini, saya masih menghargai kenangan-kenangan di sekolah itu.
Di sekolah ini saya telah bertemu jodoh. Setelah mendapat lima orang cahaya mata, akhirnya saya telah mendapat keizinan suami serta peluang untuk melanjutkan pelajaran. Bermula dengan mengikuti kursus Diploma Bahasa Inggeris sebagai bahasa Kedua di Universiti Malaya pada tahun 1987-1988, saya berpeluang pula ke RELC, Singapura untuk kursus Reading At The Primary Level pada tahun 1990. Seterusnya ke University Of Birmingham, United Kingdom untuk program ijazah di bidang pengajaran Bahasa Inggeris dari tahun 1992 hingga 1994. Di samping belajar, saya juga telah menggunakan kesempatan untuk mendapatkan rawatan anak saya yang kelima yang mengidap sakit jantung yang kronik. Selain berulang alik ke hospital untuk rawatannya di Birmingham Heartland Hospital, saya menggunakan masa luang untuk menyambung pengajian di peringkat Masters di bidang yang sama di universiti yang sama pada tahun 1994 hingga Ogos 1995. Setelah tamat pengajian, saya balik ke Malaysia dan ditempatkan di Politeknik Port Dickson sebagai pensyarah Bahasa Inggeris. Dari tahun 1995 hingga 1998, saya berada di institusi pengajian tinggi ini sehinggalah saya membuat keputusan untuk kembali berkhidmat di sekolah. Pada pertengahan Bulan Jun 1998, saya memulakan tugas sebagai guru di STTJ. Kini sudah 14 tahun saya di sini.
Saya bersyukur kerana saya berada dalam kalangan sahabat-sahabat yang sangat ‘students oriented’. Segala program atau aktiviti yang dilaksanakan oleh sahabat guru adalah semata-mata untuk menjana kecemerlangan pelajar STTJ. Saya juga bersyukur kerana pelajar Teknik Tuanku Jaafar juga adalah kalangan pelajar cemerlang yang mempunyai visi dan misi sama seperti guru mereka. Syukur Alhamdullilah, saya telah ditakdirkan menjadi seorang guru dan pasti inilah kerjaya yang terbaik untuk saya. Saya memohon kepada Allah Yang Maha Kuasa, agar saya, sekolah saya, para sahabat saya dan pelajar-pelajar saya akan menjadi lebih baik dalam bidang apa-apa sekali pun dan sentiasa direstui Allah dalam pencarian kecemerlangan sahsiah, ilmiah dan insaniah.
Motto saya “LET OTHER PEOPLE TELL YOU THAT THEY ARE BETTER AND THAT THEY CAN DO BETTER THAN YOU, AS LONG AS YOU KEEP ON DOING AND GIVING YOUR BEST”