Pn Norizan bt Mohd Zaman
Dilahirkan pada tanggal 30 Januari 1972 di Kota Bharu, Kelantan tetapi dibesarkan di Kampung Daramain Perupok, Bachok, sebuah perkampungan nelayan.Merupakan anak kepada pasangan Mat Ghani Ismail dan Aminah Derahman.Dibesarkan dalam sebuah keluarga besar iaitu seramai 10 orang adik beradik dan saya merupakan anak ketiga.Mendapat pendidikan awal di SK Perupok dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah di SMR Bachok dan meneruskan pelajaran ke SMK Bachok walaupun mendapat tawaran ke SM Teknik Kuala Terengganu.
Selepas mendapat keputusan SPM yang cemerlang ,saya ditawarkan Matrikulasi di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1990.Seterusnya menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kimia Perindustrian selama 4 tahun.Bermula dari sini,bermacam-macam dugaan dan ujian terpaksa ditempuhi memandangkan keluarga saya bukan daripada keluarga yang berada.Saya bertekad mahu mengubah nasib ibu bapa saya di kampung dan alhamdulillah segala cabaran saya lalui dengan tabah untuk mencapai segala cita-cita saya bak kata pepatah “genggam bara api biar sampai jadi arang”.Semasa tahun akhir,saya telah memohon Diploma Pendidikan di UKM disebabkan saya memang berminat mengajar dan kedua-dua ibu bapa saya memang menggalakkan saya menjadi seorang guru,sesuai dengan seorang perempuan mengikut kata ibubapa saya. Alhamdulillah,saya berjaya mendapat temuduga dan diterima sebagai pelajar Diploma Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Memulakan tugas saya sebagai seorang pendidik di SM Teknik Port Dickson,Negeri Sembilan pada tanggal 5 Mei 1997 sehingga 2000. Bermula 2001 hingga 2008 saya memohon berpindah ke SMT Ampangan memandangkan saya telah membeli sebuah rumah di kawasan Paroi Jaya.Permohonan saya diterima. Sekali lagi syukur kehadrat Ilahi kerana mempermudahkan segala urusan perpindahan saya.Di SMT Ampangan,saya mengajar mata pelajaran Kimia dan Sains. Saya juga telah dilantik sebagai Ketua Panitia Kimia.
Pada tanggal 07.09.1997,saya telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangan saya, Mohd Shaari Bin Ali dan telah dianugerahi Ilahi dengan kehadiran empat orang cahaya mata,iaitu seorang perempuan dan tiga orang lelaki.Anak sulung saya,Rabi’atul Adawiah berusia 16 tahun, diikuti Muhammad Ali Imran berusia 13 tahun, ketiga Muhammad Alimulhakim berusia 10 tahun dan yang bongsu Muhammad Ali A’zim berusia 6 tahun.
Bermula 2009,saya telah berpindah ke SM Teknik Tuanku Jaafar memandangkan SM Teknik Ampangan telah menjadi SMVokasional.Mata pelajaran Kimia tidak diajar di SMV menyebabkan saya meminta untuk berpindah ke SMTeknik Tuanku Jaafar dan juga disebabkan minat mendalam terhadap mata pelajaran Kimia. Di SM Teknik Tuanku Jaafar,saya amat seronok mengajar mata pelajaran kimia dan saya juga telah dilantik sebagai Ketua Panitia Kimia sehingga sekarang. Sebelum saya mengakhiri nukilan ini, saya cuma mahu mengingatkan semua pelajar agar sentiasa mengulang kaji pelajaran,bertanya jika tidak faham,fokus semasa belajar di dalam kelas,hormat ibu bapa dan guru-guru dan yang paling penting sentiasa mengingati Allah.Setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh,tawakal dan berserahlah kepada-Nya.Insy-Allah kejayaan adalah milik kita.
”BERUSAHA, BERSEDERHANA, SENTIADA BERDOA, INGAT ALLAH DAN SENYUM SOKMO”