Berpindah Ke SM Teknik JB Pada Nov 2012
Encik Wong Chan Mau
En. Wong Chan Mau pernah menyandang jawatan Penolong Kanan Akademik di SMTTJ. Beliau dilahirkan pada 6 November 1954 di Bahau, Negeri Sembilan dan kini berumur 55 tahun. Nama isteri beliau ialah Lee Kam Fong dan telah dikurniakan 4 orang cahayamata iaitu 3 lelaki dan seorang perempuan. Sekarang beliau menetap di 437, Taman Permai, Seremban. Beliau bersekolah rendah di SRJK(C) Chung Hua, Ladang Geddes, Bahau manakala bersekolah menengah di SMK Dato' Mansor, Bahau dan tingkatan 6 di SMK KGV Seremban.
Seterusnya beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam Bidang Matematik. Beliau telah berkhidmat sebagai guru biasa di SMK Undang Rembau mulai 1979 - 1981. Kemudian beliau telah dilantik sebagai Ketua Panitia pada 1982 - 1987. Pada 1988 - 2004, beliau telah mengajar di SM Teknik Tuanku Jaafar dan mulai tahun 2005—2006 beliau telah dilantik sebagai Ketua Bidang Sains dan Matematik. Mulai tahun 2007 beliau telah menjadi Guru Penolong Kanan Akademik di SM Teknik Tuanku Jaafar hinggalah pada 2013 beliau telah bertukar ke Johor.. Harapan beliau ialah semoga SMTTJ dapat kembali menjadi nombor 1 di kalangan sekolah menengah teknik seluruh Malaysia dari segi akademik, Beliau juga berharap agar seluruh warga smttj dapat berinteraksi antara sama dengan lain dalam suasana penuh saling faham-memahami, bertolak-ansur, hormat-menghormati, mempunyai sifat sekeluarga dan akhir sekali semoga slogan "1 Malaysia" benar-benar dapat direalisasikan di sini. Selain daripada itu beliau mahu ibubapa yakin setiap guru di SMTTJ adalah guru yang komited ke arah membimbing anak-anak mereka agar memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM.