Pn Hjh Fauziah bt Jani
Saya dilahirkan pada 2 Disember 1967 di Hospital Daerah Kuala Pilah dan merupakan anak ke 10 daripada 11 orang adik-beradik . Dibesarkan dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada 5 lelaki dan 6 perempuan. Hidup dalam suasana desa yang serba kekurangan menjadi pendorong terkuat untuk kami sekeluarga keluar dari kepompong kemiskinan dan penghinaan. Kesusahan hidup ini menyebabkan 3 orang kakak dan 3 orang abang saya terpaksa berhenti sekolah untuk memberi laluan kepada kami adik-adik meneruskan persekolahan walaupun mereka cemerlang dalam pelajaran. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih atas pengorbanan mereka.
Pada peringkat awal saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Padang Lebar sehingga tamat darjah enam dan kemudian meneruskan persekolahan di Sek. Men. Agama Rendah Ulu Jempol walaupun mendapat keputusan yang baik dan ditawarkan ke sekolah berasrama. Sekolah agama tersebut bukanlah pilihan bagi ibu bapa dan pelajar selepas menamatkan persekolahan peringkat rendah. Namun saya membuktikan sekolah bukanlah faktor utama untuk kecemerlangan namun usaha tanpa mengenal putus asa amat penting untuk berjaya. Meneruskan persekolahan hingga ke tingkatan enam di SMKA SHAMS dan memperoleh 5 prinsipal yang melayakkan saya menjejaki UKM sehingga dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam pada tahun 1991. Saya juga sempat menimba pengalaman sebagai guru sandaran tidak terlatih selama setahun di Sek. Men. Batu Kikir sebelum memperoleh Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Islam, Bangi. Saya juga menjalani latihan praktikal di STTJ sebelum meneruskan kerjaya guru di sekolah ini sehingga kini.
Pernah dilantik menjadi warden STTJ selama 17 tahun merupakan kenangan yang tidak mampu untuk saya lupakan selamanya. Pelbagai ragam pelajar terutamanya ibu bapa yang kadangkala melepaskan tugas mengawasi anak-anak mereka kepada kami pihak warden sememangnya menuntut tahap kesabaran yang amat tinggi. Di tengking dan langsung tidak menghargai para warden walaupun dengan ucapan terima kasih adalah perkara biasa untuk saya lalui. Walaupun begitu saya amat berbangga apabila saya mendengar anak-anak didik saya berjaya dalam kerjaya, keluarga dan ada yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat.
Saya dipertemukan jodoh dengan suami saya, Aminudin Bin Abu Bakar pada 7hb.November 1992 setelah saling mengenali selama 13 tahun. Kami amat bahagia dan dikurniakan anak-anak seramai empat orang iaitu Mohd Ikmal Hisham (20 tahun), Mohd Faiz Azman (19 tahun), Nur Fathin Kamila (15 tahun) dan Fathin Nur Afifah (14 tahun). Saya berdoa agar kebahagiaan ini sentiasa di bawah keredaan Allah S.W.T selamanya.
Sebagai seorang guru STTJ, saya amat berbangga dapat menabur bakti di sekolah yang terbaik sama ada dari aspek akademik mahupun kokurikulum. Saya juga sentiasa berdoa agar pelajar saya hidup dan bekerja di landasan yang betul, sentiasa bersyukur dan menjadikan iman sebagai benteng dalam mengharungi kehidupan penuh cabaran ini. Saya juga ingin merakam ucapan jutaan terima kasih kepada rakan sejawat sejak dulu hingga kini yang menerima saya dan banyak membantu saya dalam mendidik pelajar. Terima kasih kawan. Doakanlah agar saya sentiasa sihat dan sentiasa berusaha menjalankan tugas mulia ini sebaik mungkin serta sentiasa dilindungi Allah S.W.T.