26 September 2023, Sakinah Bte Muhammad Hanip
LKiZy bantu ringankan beban pelajarOleh Faizul Azlan Razak - September 26, 2023 @ 4:04pm
[email protected]
Guru Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan Tulisan Kejuruteraan Sekolah Menengah (SM) Teknik Tuanku Jaafar, Sakinah Muhammad Hanip, menunjukkan papan lukisan yang boleh dilipat ciptaannya. NSTP/Faizul Azlan Razak
KUALA NERUS: Guru Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan Tulisan Kejuruteraan Sekolah Menengah (SM) Teknik Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan mencipta papan lukisan boleh dilipat, sekali gus membantu meringankan beban pelajar.
Sakinah Muhammad Hanip, 39, berkata sebelum ini set lukisan kejuruteraan yang digunakan besar dan berat hingga memaksa pelajar membawa dua beg ke sekolah.
Katanya, idea mencipta papan lukisan yang boleh dilipat itu terhasil tiga tahun lalu dan tidak menjangka ciptaan yang diberi nama LKiZy iaitu singkatan perkataan LK (Lukisan Kejuruteraan) yang pada awalnya dibuat untuk membantu meringankan beban pelajar meraih kejayaan inovasi terbaik sebelum ini.
"Papan lukisan yang dicipta ini bukan saja boleh dilipat, malah boleh menyimpan lapan alatan melukis antaranya pembaris T, sesiku set, pensil, pemadam dan jangka lukis.
DISYORKAN UNTUK ANDA
Majlis penutup karnival tiga hari itu disempurnakan Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Zanariah Ahmad.
Pada karnival itu juga, SM Teknik Tuanku Jaafar dinobatkan pemenang kategori pameran terbaik.
Sakinah berkata, ciptaannya juga mendapat perhatian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan meluluskan Dana Program MyIS Akar Umbi sebanyak RM100,000.
Katanya, pihaknya diminta menghasilkan 10 set papan lukisan menerusi geran terbabit dan menjangkakan tahun depan akan menjualnya ke seluruh negara dengan harga dijangka tidak melebihi RM150.

- Galaxy Z Flip4 ringkas, lebih praktikal
- Galeri Prima serah 107 cetakan lukisan Datuk Lat
- Pengunjung MSAM 2023 berpeluang menang hadiah hampir RM1.4 juta
- Pesara guru sumbang hasil jualan lukisan kepada golongan memerlukan
- Malaysia Techlympics 2023 sasar sejuta pendaftaran program tahun ini
- Melukis ubati masalah sukar tidur malam
- Jawatankuasa STEM dimuktamad tahun ini
- 1,000 lukisan ilustrasi Syed Yusof Wafa dibukukan