Pada tanggal 3 Februari 2014, bermulalah tugas beliau sebagai seorang pengetua yang berkaliber di STTJ. Beliau berasal dari Muar, Johor.Beliau telah berkahwin dan mempunyai lima orang cahaya mata iaitu dua putera dan tiga puteri. Mendapat pendidikan awal pada 1969 di SJK (Ing) Jalan Ashby Ipoh, dan bersekolah menengah di SM Anderson Ipoh, Perak. Kemudian beliau berpindah sekolah ke SMK Tengku Bariah dan SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu, Terengganu sehingga tahun 1979. Pada tahun 1986 beliau menamatkan pengajian peringkat ijazah di University of Aberdeen, Scotland, United Kingdom dalam Bidang Kejuruteraan Awam . Seterusnya pada 1993 beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah lanjutan di University of Tsukuba, Japan dalam bidang Komunikasi dan Teknologi Maklumat (ICT). STTJ merupakan sekolah ketiga beliau memegang jawatan sebagai seorang pengetua.
Beliau pernah mengajar di SMK Paka Dungun, SM Agama Marang, SM Agama Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu,pada tahun 1986. Seterusnya di SM Sains Muar, Johor pada tahun 1990 sebelum menyambung pengajian di Jepun. Sebaik pulang dari Jepun pada tahun 1995, beliau ditugaskan di SMK Pekan Baru Muar dan tugas beliau sebagai seorang guru biasa berakhir di Sekolah SMT Muar. Maka, tanggungjawab yang berat ini dipikul oleh beliau sebagai pengetua pertama kalinya di Sekolah Menengah Teknik Jengka, Pahang. Sekolah kedua yang dipimpin beliau ialah SMT Kuala Klawang, Negeri Sembilan sebelum diminta untuk bertugas di Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya pada 2010.
Beliau pernah mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains, Matematik Tambahan, Asas Komputer dan Aplikasi Microsoft, AutoCAD dan Reka Cipta. Selain itu beliau telah banyak membantu KPM dalam menghasilkan bahan-bahan berasaskan teknologi maklumat seperti buku panduan penggunaan makmal komputer, pembinaan laman web sekolah, sistem rangkaian setempat (LAN) serta membina aplikasi pangkalan data (data based) untuk kegunaan sekolah-sekolah. Bidang pengaturcaraan adalah menjadi kegemaran beliau apabila menghasilkan aplikasi pengurusan maklumat murid serta guru, pengurusan panitia, pengurusan kokurikulum dan penulisan buku rekod mengajar.
Kursus-kursus yang dihadiri beliau antaranya ialah Kursus Kemahiran Hidup, AutoCAD, Gas/Arc Welding and PLC, Robotik dan Mekatronik, Computing Tablet (Program Kebangsaan), Operasi LINUX (server), Makmal Bestari, Data Dictionary Sektor Awam, Competency Based Training, ESQ, Coaching and Mentoring, Makmal NKRA dan banyak lagi. Beliau juga pernah berkursus di Negara Brunei Darussalam pada tahun 2008 dalam bidang pengurusan Balance Score Card, bagi mengenal pasti haluan dan arah pengurusan sesebuah organisasi. Pada tahun 2013, beliau telah ditauliahkan dengan Verification Training Manager (VTM) daripada CIAST iaitu Ijazah Pengurusan Kemahiran.
Beliau juga aktif dalam sukan catur sebagai seorang pemain, jurulatih dan menjadi Pengerusi Teknik Catur Daerah Muar selama 15 tahun sebelum dilantik menjadi Pengetua. Beliau adalah Arbiter (Pengadil Catur) dalam kejohanan MSSM. Bidang-bidang lain yang diceburi beliau ialah sofbol (jurulatih), bola tampar (wakil PSKPP Johor), badminton (wakil PSKPP Muar) dan sepak takraw. Sehingga kini sukan badminton adalah menjadi aktiviti sampingan beliau bersama-sama guru dan staf.Beliau berpendapat bahawa nama STTJ ini sudah pun gah dan status sebagai Sekolah Kluster Kecermelangan harus dikekalkan. Barisan pentadbir dan guru-guru serta warga sekolah haruslah mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang masing-masing bagi menangani isu-isu yang bersifat global dalam usaha mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Untuk itu STTJ juga harus mengekalkan sahsiah cemerlang pelajar di sekolah mahupun asrama. Dalam menjayakan usaha murni Tuan Haji Zulkiflee ini, pelajar haruslah mewujudkan satu budaya yang positif.Dari segi penampilan, budaya positif ini semakin jelas kelihatan melalui pemakaian pelajar semasa outing dan bagi pelajar lelaki, pemakaian untuk mereka ketika pergi menunaikan solat Jumaat. Apabila wujudnya budaya-budaya yang positif ini, barulah sekolah akan menjadi hebat. Jika budaya ini dapat diterapkan dalam diri pelajar, maka sekolah akan dipandang tinggi dan insya-Allah budaya tersebut akan menjadi bualan dan ikutan bagi sekolah-sekolah lain. Pengalamanbelajar di Jepun banyak memberi beliau idea-idea dalam menjayakan penerapan budaya positif ini.
Budaya positif yang dilestarikan ini merupakan misi untuk para pelajar dan guru untuk menempa kejayaan. Tuan Haji Zulkiflee berharap agarwarga STTJ dapat berfikiran sehaluan dengannya, bersatu hati dalam gerakan bersepadu bagi mencapai kegemilangan. Love You All!STTJ Moving Forward…