Pn Siti Norbaya bt Brahan
Saya dilahirkan di Negeri Sembilan namun dibesarkan di Kuala Lumpur kerana ketika itu ayah saya bekerja di Kuala Lumpur. Saya bersekolah rendah di SK St Teresa Convent,Kuala Lumpur dan seterusnya ditawarkan ke Sekolah Seri Puteri K.Lumpur ( sekarang di Cyber Jaya ) setelah saya mendapat 5A dalam Peperiksaan Penilaian Darjah Lima ( UPSR sekarang ini). Semasa di Sek Seri Puteri saya aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum. Saya adalah ahli pasukan brass band sekolah dan bermain trumpet. Setiap tahun pasukan kami dijemput untuk menyertai perayaan Sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka. Sehingga kini apabila tiba 31 Ogos momen itu menjadi nostalgia saya. Bukan itu sahaja , pasukan pancaragam kami sentiasa mendapat ’top 3’ dalam mana-mana pertandingan pancaragam yang dianjurkan di K.Lumpur. Yang sentiasa menjadi ’rival’ kami adalah pasukan dari VI dan St John. Pengalaman di Seri Puteri banyak mengajar saya hidup berdikari dan bertolak ansur sesama rakan.
Apabila kita pandai membahagikan masa dan memanafatkannya antara pelajaran dan kokurikulum maka kombinasi ini tentunya akan menghasilkan sentuhan yang cemerlang. Buktinya saya telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Randwick Girls’ High School, Sydney dibawah tajaan JPA , selepas mendapat keputusan SPM tanpa mengikuti program persediaan Malaysia. Saya bersekolah di Randwick Girls’ High selama setahun. Banyak pengalaman yang saya timba semasa bersekolah di sana. Cara P&P amat berbeza jika dibandingkan di sini. Satu kelas hanya ada 15 pelajar sahaja. Pelajar banyak diajar berdebat atas apa-apa yang mereka fikirkan betul.Guru hanya sebagai fasilitator sahaja. Mereka tidak pernah berkecil hati sekiranya ide mereka tidak dipersetujui oleh rakan sekelas. Memang norma sedemikian amat berbeza dengan cara persekitaran serta adat ketimuran kita yang sentiasa hormat pada guru dan diam apabila mereka berkata-kata.
Selepas keputusan HSC, saya ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Macquarie Sydney University dalam bidang Statistics/ Computer Sc. Pengalaman menimba ilmu selama 5 tahun adalah guru yang tidak ternilai bagi saya. In fact I’ve made many turning points in my life.( dy/dx = 0 ). One of them was meeting my husband there. Sekembalinya saya ke Malaysia, saya ditawarkan untuk mengikuti diploma perguruan di UIA ,K.Lumpur dan juga tawaran sebagai computer analyst di IBM, Malaysia. Atas nasihat suami, saya memilih untuk menjadi guru dan tentunya keputusan ini adalah pilihan yang sangat tepat. Selepas tamat diploma perguruan selama 9 bulan saya mengajar di SMT Tunku Abdul Rahman Putra. selama 2 tahun dan seterusnya di SMT Tuanku Jaafar Seremban sehingga kini. Saya mempunyai 4 orang anak dan kesemuanya lelaki. Mereka adalah permata hati kami. Selain itu saya juga mempunyai banyak permata hati di SMT Tuanku Jaafar. Untuk anak-anak semua , secebis pengalaman yang cikgu ceritakan diharapkan dapat memberi sedikit motivasi untuk semua. Belajarlah bersungguh-sungguh kerana keputusan yang cemerlang itu adalah tiket untuk kamu melihat dunia ciptaan Allah swt serta meneroka pengalaman yang tidak ternilai. Salam sayang dari cikgu…..