Bersara di STTJ pada 2015.
Pn Hjh Saemah bt Mohd Yusoff
Pada tanggal 29 September 1958, tahun kedua pasca merdeka di sebuah kampung bernama Kampung Sungai Mahang Nilai, telah lahir seorang puteri kedua kepada pasangan Mohd.Yusoff bin Hussin dan Jasmilah binti Juahir yang diberi nama Saemah. Anak ini telah dijaga dan dibelai bagai menatang minyak yang penuh. Segala keperluannya dipenuhi walaupun dengan kesederhanaan. Menjangkau usia tujuh tahun, anak ini dihantar untuk belajar di Sekolah Kebangsaan Batang Benar.
Ketika berada di sekolah rendah Saemah binti Mohd Yusoff merupakan seorang murid yang aktif dalam pelajaran dan sukan. Beliau sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap ujian dan peperiksaan yang diduduki. Pelbagai jawatan yang diamanahkan kepadanya tidak ditolak , malah dipikulnya dengan rasa tanggungjawab. Saemah binti Mohd Yusoff telah memegang beberapa jawatan seperti bendahari kelas, pengawas sekolah, pengawas khutub khanah, pengurus keceriaan kelas dan sebagainya. Dalam bidang sukan, Saemah adalah antara atlet yang berjaya menjulang nama sekolah di peringkat daerah dan negeri.
Di peringkat menengah, Saemah binti Mohd Yusoff telah menerima pendidikan menengahnya daripada beberapa buah sekolah iaitu, Sekolah Menengah Dato’ Mohd Said, Nilai, Sekolah Menengah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru, dan Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban. Setelah berjaya menjadi orang pertama anak Kampung Sungai Mahang mencapai keputusan Gred Satu dalam ’Malaysian Certificate of Education ’ atau MCE beliau telah melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar dalam Tingkatan 6 dan seterusnya memasuki Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPM) selama dua tahun.
Atas azam dan keinginan yang tinggi untuk menggenggam segulung ijazah maka beliau memasuki universiti dan telah mendapat berjaya mendapat ijazah Second Class Upper : Bachelor in Education (PBMP)(Hons) dari Universiti Putra Malaysia. Semenjak 1981, Puan Saemah binti Mohd Yusoff telah menabur bakti sebagai seorang guru di beberapa buah sekolah antaranya, di SRJK (Tamil) Tun Sambanthan, Pajam, Negeri Sembilan, ( 1981-1986), di SRJK (Tamil ) Lobak, Seremban ( 1987-1991), di SK Mambau, Seremban ( 1992 – 1994), SMK Datuk Mansor, Bahau (1997-1998), SMTTJ ( 1999 hingga kini). Jawatan sekarang ialah sebagai Penolong Kanan Prauniversiti di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban.
Pn. Saemah binti Mohd Yusoff telah berkahwin dengan En. Ahmad Suandi bin Hambali dan dikurniakan 5 orang cahaya mata iaitu 4 puteri dan seorang putera serta seorang menantu. Kegemaran beliau ialah mendengar radio IKIM FM dan telah menetap di Seremban Two, Negeri Sembilan. Pn. Saemah binti Mohd Yusoff berpegang kepada prinsip ‘ Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan sekiranya kita berusaha mengatasinya, yakin dan bertawakal’ dan ‘ Pengalaman adalah ilmu berguna untuk kehidupan ’.