Tn. Hj Arshad Bin Hj. Md. Yusof [2006-2010]
Pada 27 Mei 2010, Kelab Guru dan Staf SM Teknik Tuanku Jaafar telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk Tuan Haji Arshad b. Haji Md Yusuf, Pengetua SMTTJ. Majlis tersebut telah diadakan di Hotel Royale Bintang, Seremban pada pukul 3.15 petang. Majlis tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Yaakub. Setelah itu, para hadirin telah disajikan dengan persembahan multimedia yang telah disediakan oleh En. Jamhuri. Persembahan multimedia yang mengambil masa lebih kurang 10 minit itu mengimbas kembali kenangan-kenangan tuan pengetua di sekolah ini. Setelah itu, para hadirin mendengar ucapan dari Pengerusi Kelab Guru dan amanat terakhir Tuan Pengetua. Tuan Pengetua juga telah menerima pelbagai hadiah dari pihak pengurusan sekolah, wakil guru dan staf ( individu ) serta kelab guru dan staf. Setelah itu, para hadirin menjamu selera dengan hidangan-hidangan yang disediakan. Akhir sekali, para guru dan staf telah mengadakan sesi bergambar bersama Tuan Pengetua. Majlis berakhir pada pukul 6.00 petang.