Puan Hajah Noraziah Bt Ramli
Pada tanggal 3 Jun 1954, Ramli bin Pandak Othman dan Rahibah binti Yeop Abdul Rahman telah dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Noraziah Binti Ramli. Anak kedua daripada lapan orang adik beradik ini dilahirkan di Kampung Paya Panjang Hilir, Padang Rengas, Perak. Beliau dibesarkan oleh neneknya yang dipanggil ‘OPAH’ dalam keadaan serba kekurangan. Ayahandanya seorang anggota polis manakala bondanya pula seorang guru Al-Qur’an juga seorang suri rumah yang bertanggungjawab. Pada zaman kanak-kanak, beliau dipanggil ‘Che Nyah’ kerana beliau anak kedua dalam keluarga.
Tuan Pengetua semasa usia remajanya seorang yang manja, nakal dan suka akan perkara yang lasak seperti memanjat pokok dan mandi sungai sehingga pernah dirotan oleh opah beliau sendiri kerana kenakalan beliau. Lantaran kenakalan beliau Opah beliau telah menghantar beliau pulang ke pangkuan kedua orang tua beliau yang tinggal di Berek Polis Johor Bharu. Pada zaman persekolahan, beliau adalah seorang yang rajin belajar sehingga beliau mencapai keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan yang dihadapi. Namun, terdapat sebuah kisah yang menarik semasa zaman persekolahan beliau, beliau pernah menjual nasi lemak dan kuih-muih untuk mencari wang bagi menampung bayaran sekolah. Walaupun Puan Hajah Noraziah acap kali dimarahi oleh Mak Cik kantin semasa zaman persekolahannya, beliau tetap meneruskan perniagaan beliau. Puan Hajah Noraziah yang kita kenali adalah seorang yang tidak pernah kenal erti putus asa.
Selepas beberapa tahun mengharungi zaman persekolahannya, beliau melanjutkan pelajarannya di Politeknik dalam kursus Pengurusan Perniagaan. Selepas itu, beliau melanjutkan lagi pelajaran beliau di Maktab Perguruan Teknik di Cheras, Kuala Lumpur. Setelah menamatkan pelajarannya di Maktab Perguruan Teknik, beliau mendapat tawaran untuk mengajar di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang (1977—1982). Demi meningkatkan lagi pencapaian akademik, beliau mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dalam jurusan Perakaunan selama 4 tahun.
Sebaik tamat pengajian beliau telah mendapat tawaran mengajar di SMK Khir Johari,Teluk Intan,Perak . Sepanjang 28 tahun menceburi bidang perguruan, beliau pernah mengajar beberapa sekolah sebelum ini iaitu SMK Alang Iskandar,Bagan Serai,Perak (1987-Mac1988), SMK Dr. Burhanudin, Taiping, Perak(Mac 1988-Dis 1999), SM Dato Haji Hussein, Selama (Jan 2000-Dis 2000),SMK Tun Perak,Kuala Kangsar(2001-Ogos 2005), Smk Temenggung Kati Kuala Kangsar(Ogos 2005-Dis 2006), dan SMK Sayong, Kuala Kangsar,Perak, dan kini di SM Teknik Tuanku Jaafar(14 Jun 2010). Sepanjang mengajar di sekolah berkenaan, beliau juga pernah menjawat pelbagai jawatan. Antaranya, Guru Koperasi Sekolah sebagai bendahari, Guru Pusat Sumber Sekolah, Guru Panitia Perakaunan dan Guru Sumber Daerah dalam Prinsip Perakaunan, Ketua Bidang dalam Prinsip Perakaunan dan Penyelia Kawasan Lembaga Peperiksaan untuk PMR dan SPM serta setiausaha PKPSM Daerah.
Beliau telah menamatkan zaman bujangnya bersama suaminya iaitu Narsardin bin Ali dan mempunyai 5 orang cahaya mata, namun anak keduanya telah meninggal dunia. Sepanjang hidupnya, beliau berpegang kepada falsafah;
“Terus Maju Kehadapan”,”Berkebajikan” dan” Allah Sentiasa Bersama Kita”.Harapan beliau ialah supaya warga SMTTJ dapat berkerja dalam satu pasukan untuk memajukan SMTTJ menjadi sekolah teknik yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.