Meninggal Dunia pada Mei 2023
En Jamhuri b. Mohamed Jamel
Dilahirkan pada 14 November 1968 di Kg Benta, Kuala Lipis, Pahang. Mohamed Jamel b Md Kani dan Zorhayati bt Haudin ialah ayahanda dan bonda tersayang. Anak kedua daripada 7 saudara. Mendapat pendidikan awal di SK Benta, seterusnya melanjutkan pelajaran di SMPGAS, Budu kemudian di SMK Clifford, K.Lipis. Membesar dengan persekitaran kampung menjadikannya lasak sewaktu zaman kanak-kanak. Semenjak di sekolah rendah telah membantu ibu menoreh getah sehinggalah ke zaman universiti. Tamat alam persekolahan meneruskan pengajian di UTM dalam kursus Diploma Elektrik Perhubungan. Seterusnya menjadi Juruteknik di Syarikat Omron Malaysian Sdn Bhd di Sungai Way. Kemudian berpindah ke syarikat Texas Instruments (M) Sdn. Bhd. Di Taman Keramat sebagai “Technical Specialist”.
Mendapat peluang mengikuti Kursus Perguruan Asas Tenaga Pengajar Politeknik dan Vokasional di IPDA, Jitra dan POLIMAS, Jitra yang diadakan kali pertama dan terakhir bagi Lepasan Diploma Kejuruteraan tidak dilepaskan begitu sahaja. Penempatan pertama di Sek Men Vokasional Kuala Klawang pada tahun 92. Keinginan menyambung pelajaran membuatnya nekad untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana muda menerusi program SPACE UTM dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dengan perbelanjaan sendiri.
Program belajar di hujung minggu menyebabkannya berulang alik ke Kuala Lumpur setiap hujung minggu. Tiada istilah cuti yang mana 5 hari bekerja dan 2 hari menyambung pengajian. Seterusnya berpeluang mengikuti kursus Inplant Traning dalam bidang Menservis Radio dan TV di Jepun pada tahun 96/97 menyebabkannya terpaksa menangguhkan pengajian SPACE UTM. Setelah kembali ke tanah air, menyambung semula pengajian di UTM sehingga tamat. Menamatkan zaman bujang pada penghujung tahun 1997 dengan memilih Norhasni bt Mohd Yusof sebagai ratu hatinya. Alhamdulillah dikurniakan anak seramai 3 puteri dan 3 putera. Seterusnya berpindah ke Sek Men Vokasional Port Dickson pada tahun 2002. Manakala pada tahun 2008 meneruskan khidmat di SMTTJ. Pada tahun 2009 mendapat peluang mengikuti latihan di SEAMEO VOCTECH di Brunei Darussalam selama dua minggu dalam bidang “Strengthening Competency Assessment in VTET”.
Sepanjang perkhidmatan pelbagai jawatan telah disandang antaranya Ketua Panitia, Setiausaha Sukan, Ketua Majalah Sekolah, Fotografi, Penasihat pelbagai Kelab dan Unit Uniform dan sebagainya. Juga terlibat sebagai ahli panel Lembaga Peperiksaan Malaysia, Pemeriksa Kertas SPM, Ahli Panel Kawalan Mutu Buku Teks Dewan Bahasa dan Pustaka bagi Buku Teks PKEE Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, panel penggubal soalan di peringkat negeri serta sering mencurah khidmat bakti dalam sukan perahu layar sehingga ke peringkat ASEAN.