Bersara di STTJ pada 2014.
Puan Hajah Azizah bt Mohamad
Beliau dilahirkan di Kuala Bachok Kelantan pada 29 Mei 1959. Memulakan alam persekolahan di Sekolah Rendah Bachok Kelantan sehingga darjah 3 sebelum berhijrah ke Pahang dan menyambung ke darjah 6 di Sekolah Rendah Kampung Awah, Temerloh Pahang. Menamatkan pengajian menengah rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh sebagai Pelajar Tebaik dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran sehingga melayakkan diri untuk memasuki Sekolah Menengah Berasrama Penuh Kolam Air, Kuala Lumpur.
Dengan keputusan Gred A dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia beliau berpeluang mengikuti kursus Diploma Pendidikan Universiti Putra Malaysia tanpa memasuki tingkatan 6 dan kursus Matrikulasi . Setelah mendapat keputusan cemerlang pada tahun pertama pengajian, beliau telah ditawarkan oleh pihak universiti untuk terus memasuki kursus Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan . Tawaran itu telah diterima walaupun beliau menyedari terpaksa bersaing dengan pelajar Cemerlang lepasan tingkatan 6 dan lepasan matrikulasi. Akhirnya dengan izin Allah, berkat kesungguhan dan semangat daya saing yang tinggi di samping doa ibu bapa dan rakan beliau telah berjaya menamatkan pengajian dan telah dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian pada tahun 1982 dalam usia 2 tahun lebih muda dari rakan yang lain.
Mula berkhidmat sebagai pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Pahang dan setahun kemudiannya beliau bertemu jodoh dengan seorang guru Matematik di sekolah yang sama yang sekarang merupakan pengetua Sekolah Menengah Sains Seremban dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata. Anak sulung beliau Amir Farid kini bertugas sebagai arkitek setelah menamatkan pengajian beliau di Universiti of Deakin Australia, Amir Taufiq sebagai Pegawai Pertanian setelah menamatkan pengajian beliau di Universiti Sains Terengganu , Hazirah Nurafiqah yang kini masih lagi menuntut di Universiti of New York ,Amerika dalam Jurusan Sains Bioteknologi , Amir Haziq kini mengikuti kursus Matrikulasi Engineering di Universiti Islam Antarabangsa dan Hazirah Nurathirah pelajar tahun 5 di Sekolah kebangsaan Ampangan Seremban.
Beliau yang kini bergelar Guru Cemerlang Gred DG 54 telah mula menjadi guru cemerlang sejak tahun 2000. Selama 23 tahun bertugas di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar dan beliau telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan pelbagai tugas seperti Guru Koperasi, Guru Tingkatan, Guru Penasihat Persatuan Sains Matematik , Guru Penasihat Persatuan Bola Jaring, Guru Penasihat Permainan Bola Tampar, Penyelaras Program Peningkatan Akademik Sekolah, Ahli Jawatan Kuasa Sekolah PIBG, Ketua Panitia Matematik Tambahan , AJK Peningkatan Keselamatan Sekolah dan tugas-tugas khas. Beliau juga telah menerima sebanyak 2 kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 1996 dan 2007 yang kini telah dilantik sebagai Yang Di Pertua Majlis Guru Cemerlang Negeri Sembilan, Ahli Jawatan Kuasa Majlis Guru Cemerlang Malaysia sesi 2009 hingga 2011 .
Telah banyak menyumbang kepakaran beliau di peringkat sekolah , daerah, negeri, kebangsaan dan peringkat antarabangsa. Walaupun dalam kesibukan menguruskan kerjaya dan rumah tangga beliau tetap menjaga penampilan dan imej diri agar sentiasa anggun. Hobi beliau diwaktu lapang ialah menggubah bunga, menulis cerpen dan sajak. Cerpen beliau yang bertajuk Kasihku Persis Mutiara, Tragedi Oktober dan Penyambung Warisan telah disiarkan dalam Antologi Cerpen Guru Cemerlang Malaysia keluaran tahun 2008, 2009 dan 2010 . Amalan hidup beliau ialah tetapkan matlamat, fokus dan buat yang terbaik . Beliau yakin bahawa untuk berjaya kita tidak perlu takut pada kegagalan dan berpegang kepada perpatah ” Kehadiran kita dinanti dan kehilangan kita disedari ”