Pn Chun Kwee Fua
Nama saya Chun Kwee Fua. Orang selalu ejek saya kerana akan “cun” selama-lamanya, saya pun berharap ia begitu juga. Ayah saya adalah seorang buruh, jadi hidup saya semasa kecil adalah serba kekurangan. Bagi saya, untuk memperbaiki kualiti hidup saya adalah melalui pendidikan sahaja. Ibu saya adalah seorang suri rumah tangga. Saya amat sayang ibu saya.
Saya mempunyai dua orang kakak dan seorang abang. Anak-anak saudara saya adalah hampir sebaya saya, malah ada di antara mereka lebih tua daripada saya. Mereka tidak memanggil saya makcik tetapi dengan nama saya sahaja. Merekalah teman main saya semasa kecil duhulu. Selepas berumahtangga, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Kami hanya berjumpa sekali setahun semasa Tahun Baru Cina.
Saya menerima pendidikan sekolah rendah di SRJK (C) San Min, Seremban. Sekolah berkenaan adalah didirikan di atas bukit bersebelahan dengan kubur cina. Walaupun tidak pernah ada orang ceritakan pasal hantu tetapi saya tetap merasa seram setiap hari semasa berada di sekolah. Hidup persekolahan saya yang paling menyeronokkan adalah semasa di Sekolah Menengah Tunku Ampuan Najihah, Seremban. Kebebasan adalah sesuatu yang dirasai dan dinikmati di situ. Segala aktiviti ko-kurikulum adalah dijalankan oleh pelajar sendiri tanpa campur tangan guru. Setiap tahun kami beriya-iya membuat persediaan perbarisan untuk Sukan Sekolah. Latihan turun ke padang tidak perlu diuruskan oleh guru tetapi dengan inisiatif pelajar sendiri. Kami sangat bersemangat pasukan dan bersungguh-sungguh untuk mencari kejayaan.
Selepas peperiksaan SRP (PMR sekarang), saya memohon pindah ke Sekolah Teknik Tuanku Ja’afar, Seremban. Suasana sekolah adalah jauh berbeza dengan sekolah sebelumnya. Saya suka STTJ kerana kawasannya yang lapang pada ketika itu. Pemandangan adalah begitu indah sekali kerana penuh dengan pokok Ru yang tinggi dan padang yang hijau. Kemudahan juga adalah jauh lebih baik. Akan tetapi, perasaan saya adalah berbeza sekali berbanding dengan hidup persekolahan saya sebelum itu.
Bersekolah selama empat tahun di STTJ, dari tingkatan empat hingga tingkatan enam akhirnya saya dapat melanjutkan pelajaran ke Univerisiti Malaya. Setelah memperoleh Ijazah Sarjana Muda, saya menyambung pelajaran di universiti yang sama untuk mendapatkan diploma pendidikan dan kebetulan saya dapat menjadi seorang guru dan yang lebih bermaknanya dapat berkhidmat di STTJ. Saya telah berkahwin dengan Tan Teow Kee yang merupakan ahli perniagaan pada tahun pertama mengajar di STTJ dan mempunyai tiga orang cahayamata yang kini berusia 18, 17 dan 10 tahun.
Saya bersyukur dapat mengajar di STTJ kerana pelajar-pelajar berlakuan baik dan tidak bermasalah disiplin serius. Saya juga berharap dapat bersara di STTJ juga.