Berpindah Ke SMS Seremban
Pn Noorul Khairien bt Abd Malek
Dilahirkan pada 19 Ogos 1976 di Hospital Tampin, Negeri Sembilan. Mempunyai lima adik-beradik, cahaya mata kepada pasangan Haji Abdul Malek bin Othman dan Hajah Siti Zainab bt Kassim. Bapa saya seorang bekas tentera dan membuka perniagaan nursery bunga selain bertani. Ketika itu ibu saya bekerja sebagai Jururawat Desa yang sering dihambat waktu jika ada kes kelahiran tidak kira siang atau malam.
Walaupun saya merupakan anak pascamerdeka, bapa saya tetap mendidik dengan tegas dan berdisiplin. Ketika saya kanak-kanak, bapa menyediakan batas-batas sayur sawi dan setiap anaknya akan menanam, menjaga, menyiram sawi itu sehingga besar. Selepas itu, saya dan kakak akan berbasikal sekeliling kampung menjual sawi dengan harga 30 sen seikat. Hasil jualan sayur itu menjadi duit poket untuk belanja sekolah. Pengalaman yang sukar dilupakan, kami pernah diejek dan dibaling batu oleh budak-budak nakal ketika menjual sawi. Setelah usia meningkat dewasa, barulah saya faham kenapa bapa menerapkan sifat tanggungjawab dan berdikari dalam diri anak-anaknya. ‘Tugasan’ yang diberi itu sebenarnya ialah kemahiran yang kita perlu ada. Pengalaman masa lalu sangat berharga dan menjadi guru dalam kehidupan saya.
Mendapat pendidikan awal di SK Sawah Raja, Kota dan menyambung pelajaran di SMK Dato’ Abdullah, Astana Raja hingga tingkatan 5 dalam aliran Sains Tulen. Keputusan SPM saya tidak begitu baik dan saya meneruskan persekolahan di tingkatan 6 di SMK Tunku Besar Tampin dalam aliran Sastera. Saya mendapat keputusan STPM yang melayakkan saya ke Universiti. Namun, mengenangkan ibu bapa yang telah bersara dan bekerja kampung, saya pendamkan dahulu cita-cita itu dan bekerja sebagai guru sandaran selama setahun. Selepas itu saya berjaya menyambung pelajaran di UPM dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PBMP). Dengan hasil gaji bekerja selama setahun dulu, saya dapat membiayai yuran pengajian di universiti sebelum mendapat pinjaman. Sewaktu di universiti, saya menyertai kegiatan outdoor seperti perkhemahan, mendaki gunung dan sebagainya. Menjadi satu kepuasan apabila berjaya mendaki gunung dan berada di puncaknya. Ketahanan mental dan fizikal diuji dan kadang-kala hampir putus asa untuk mendaki kerana kesukaran dan kepenatan. Pengalaman ini yang saya pegang dalam kehidupan saya iaitu untuk mencapai sesuatu yang kita impikan bukannya mudah melainkan betul-betul fokus dan bersemangat tinggi walaupun pelbagai cabaran perlu ditempuhi.
Setelah tamat belajar pada tahun 2000, saya ditempatkan di SM Teknik Tuanku Jaafar. Inilah sekolah pertama saya mula berkhidmat sebagai guru Bahasa Melayu sehinggalah sekarang. Tahun 2003 merupakan detik paling indah bagi diri saya apabila diijabkabulkan dengan suami Khairizaman bin Baharuddin seorang Jurutera Mekanikal di Felda Engineering. Syukur alhamdulillah, kini kami dikurniakan empat cahaya mata bernama Khalish Irfan, Nurdinie Khairina, Khaleef Razzin dan Kasyf Rizqin bagi melengkapkan dan menceriakan hidup kami.
Saya rasa sangat beruntung kerana mempunyai rakan-rakan sealiran yang tidak lokek ilmu untuk menjadikan saya seorang guru yang cemerlang. Saya juga aktif dalam sukan Bowling dan pernah mewakili N.Sembilan ke peringkat Kebangsaan (MAKSAK). Status sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu juga menyuntik semangat saya untuk terus berusaha dan memperbaiki mutu pengajaran. Saya mengakhiri tugas saya sebagai Ketua Panitia Bahasa Melayu pada Julai 2012 kerana selepas ini saya akan menyambung pengajian peringkat Masters di UPM. Peluang cuti belajar selama dua tahun dengan tajaan/biasiswa akan saya gunakan sebaik-baiknya untuk menimba ilmu. Sepanjang 12 tahun di STTJ, saya berasa sangat seronok menjadi pendidik kerana dapat menambah nilai dalam kehidupan orang lain. Bagi saya, STTJ begitu unik kerana pencapaian dalam bidang akademik dan kokurikulum sama-sama gah hasil daripada komitmen guru-guru dan murid-murid yang sentiasa dahagakan kecemerlangan. Semoga STTJ terus mengorak langkah, menempa nama di persada negara. Insya-Allah.
Akhir kata, terima kasih kepada pengetua dan rakan pendidik atas persahabatan dan sokongan yang diberikan. Salam kemaafan dipinta atas segala kesilapan. Buat para pelajar, pastikan tiada istilah jemu dalam mencari ilmu dan juga kemahiran untuk kelangsungan hidup. Semoga kita berjumpa lagi!!