PN HJH FAUZIAH ISHAK
Saya dilahirkan pada tahun 1966 di Batu Gajah, Perak dan merupakan anak sulong daripada 7 orang adik-beradik. Bapa saya Haji Ishak ialah seorang pesara juruukur tanah yang telah berkhidmat dengan Jabatan Ukur. Ibu saya Hajah Normah ialah seorang surirumah. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Pusing, kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah St Bernadette’s Convent, Batu Gajah .
Selepas keputusan SPM, saya ditawarkan untuk mengikuti kursus matrikulasi sains. Setelah tamat kursus matrikulasi saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di UKM dalam jurusan Matematik. Dengan izin Allah, usaha yang bersungguh-sungguh dan berkat doa daripada ibubapa, saya Berjaya menamatkan pengajian dan dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang Matematik. Setelah tamat pengajian saya bekerja sementara di UKM sebagai tutor selama setahun dan seterusnya mendapat tawaran untuk mengikuti kursus Diploma Pendidikan di UKM. Semasa mengikuti kursus diploma saya mendirikan rumahtangga dan dalam masa yang sama sayaditawarkan bekerja di Mesiniaga. Atas nasihat suami saya memilih untuk menjadi guru dan tentunya keputusan ini adalah pilihan yang sangat tepat.
Setelah tamat kursus perguruan saya dihantar untuk mengajar di SMV Seri Iskandar, Bota, Perak selama 6 bulan kemudian berpindah ke SMV Shah Alam kerana mengikut suami bertugas di Subang. Setelah bertugas selama 6 tahun di SMV Shah Alam saya berpindah ke SM Teknik Tuanku Jaafar kerana mengikut suami berpindah ke KLIA Sepang.
Pada tahun 1991, saya mendirikan rumahtangga dengan Ahmad Jailani bin Maon merupakan seorang jurutera di Malaysia Airlines dan dikurniakan 4 orang cahayamata lelaki. Anaksulung, Muhammad Danial merupakan bekas pelajar SMTTJ kini sedang menuntut di UNITEN dalam Jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Anak kedua, Muhammad Ersyad sedang menuntut di UIA dalam Jurusan Senibina. Anakketiga, Muhammad Syafie pula sedang menuntut di Malay College Kuala Kangsar di tingkatan 4 dan anak yang bongsu kini menuntut di tingkatan 1 di SMK Seremban 2.
Setelah berpindah ke SMTTJ, pada tahun 1999, saya diarahkan untuk mengajar Fizik dan Matematik. Pada ketika itu guru Fizik tidak mencukupi. Padatahun 2006, saya dilantik menjadi Ketua Panitia Matematik dan seterusnya pada tahun 2007 pula saya dilantik sebagai Ketua Panitia Fizik sehingga kini.
Saya yakin salah satu kunci kejayaan ialah tidak mudah mengalah dan akan mencuba sehingga berjaya. “Orang yang paling banyak gagal dalam hidup adalah orang yang paling berjaya”. Ini adalah kerana orang yang menemui banyak kegagalan mempunyai banyak pengalaman dan mereka tidak akan melakukan kesilapan yang sama. Jadi orang yang gagal pada hari ini tidak mustahil akan menjadi orang yang paling berjaya. Sebagai contoh, Steve Job, the founder of Apple, beliau pernah gagal di peringkat universiti. Idea untuk menghasilkan produk yang berkaitan Apple wujud setelah beliau mengambil kursus kaligrafi selepasgagal di universiti. Namun bukan bermakna kita tidak perlu pencapaian akademik yang tinggi. Kita perlu berusaha semampu yang boleh. “We can control the input and the output, but the outcome is from Allah s.w.t.” Selepas berusaha sebaik mungkin kita perlu bertawakal pada Allah s.w.t.