Bersara di SMT Tuanku Jaafar Seremban Pada 2014
Puan Hajah Ramlah bt Abd Jalil
Saya berasal daripada keluarga yang besar kerana mempunyai 10 orang adik-beradik dan saya merupakan anak keenam yang lahir pada 20 Mei 1958 di Kuala Lumpur walaupun ibu bapa saya berasal dari kampong Titian Bintangor , Lubok Cina , Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Telok Berembang, Lubok Cina sehingga darjah enam. Semasa di sekolah rendah itu saya dan adik-beradik yang lain menjual nasi lemak dan kuih talam yang dibuat oleh emak di sekolah. Saya masih ingat bagaimana keuntungan hasil jualan antara 25 ke 35 sen setiap hari itu emak saya simpan di dalam tabung buluh yang dipecahkan apabila telah penuh untuk dijadikan permulaan akaun Tabung Hajinya.
Tamat darjah enam saya bersekolah di Sekolah Menengah Astana Raja atau dikenali sebagai Sekolah Menengah Datuk Abdullah pada hari ini. Semasa di tingkatan satu saya ke sekolah dengan menaiki bas tetapi saya terpaksa berjalan kaki hampir dua kilometer untuk mendapatkan bas setiap hari. Apabila berada di tingkatan tiga saya ke sekolah dengan menunggang basikal kerana kurang kemampuan untuk membayar tambang bas memandangkan abang, kakak dan dua adik saya bersekolah pada masa itu. Jarak dari rumah ke sekolah kira-kira 13 kilometer. Pada hari ini saya bersyukur dibesarkan di kampung dalam serba kekurangan kerana kehidupan yang susah itulah menjadikan saya lebih menghargai apa-apa yang dianugerahi Allah sekarang.
Setelah mendapat keputusan SPM yang saya duduki pada tahun 1975, saya menyambung persekolahan dalam tingkatan enam di Sekolah Menengah Tuanku Durah, Seremban. Keputusan peperiksaan STPM yang diduduki bagi kali kedua melayakkan saya menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya di Universiti Malaya bagi mengikuti kursus Diploma Pendidikan . Saya mendirikan rumah tangga semasa tahun akhir pengajian di UKM dengan Dato Hj Safiee B Mohd Yusoff.
Pengalaman mengajar di tujuh buah sekolah sepanjang perkhidmatan saya selama ini memberi kesempatan kepada saya mengumpul pengalaman mengajar di sekolah-sekolah yang berbeza iklim dan budaya. Sekolah pertama saya semasa memulakan perkhidmatan ialah Sek Men (P) St Mary (1.8.1986) dan diikuti dengan Sekolah Men. Agama SMAP Labu, Seremban. Apabila berpindah ke Pulau Pinang dalam tahun 1990 saya mengajar di Sek. Men Agama (P) Al-Mashoor , diikuti Sek Men Keb,(L) Georgetown .
Menjadi pendidik di sekolah beraliran teknik bermula pada tahun 1995, di Sek Vokasional Lorong Batu Lancang . Mengajar di sekolah beraliran vokasional memberi pengalaman baharu yang mewarnai dunia sebagai pendidik. Selesa mengajar di sekolah beraliran teknik saya bertekad akan berkhidmat di sekolah beraliran ini sehinggalah saya menamatkan perkhidmatan saya nanti, Insya-Allah. Sebelum saya mengajar di STTJ ini pada 1 Jun 2000 , saya telah mengajar di SMT Ipoh iaitu setelah berpindah ke sana pada bulan September 1998. Tahun ini merupakan tahun ke-11 saya berkhidmat di STTJ sebagai Guru Cemerlang Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Sebenarnya bukan saya sahaja yang berpeluang menjadi warga STTJ tetapi empat daripada lima orang anak saya telah menjadi warga di sekolah ini iaitu tiga orang sebagai pelajar dan seorang sebagai guru sementara yang sebelum ini sangat bercita-cita untuk melanjutkan persekolahan di STTJ selepas PMR tetapi saya lebih suka dia belajar di sekolah lain.
Setelah 25 tahun menjadi pendidik , saya dapati terdapat perbezaan dari segi sikap, disiplin dan masalah murid pada hari ini. Tugas guru sebagai penjana modal insan cemerlang memerlukan setiap pendidik mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawab mereka bersesuaian dengan aspirasi negara. Sebagai guru saya menjalankan tugas mengikut kemampuan dan kebolehan yang ada di samping cuba meningkatkan kemahiran mengikut peredaran zaman. Berbuat baik dengan semua orang dan sentiasa menghormati perasaan mereka menjadi amalan saya dalam kehidupan ini. Saat yang menggembirakan bagi seorang pendidik tentulah apabila melihat muridnya berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan dan mempunyai sahsiah yang terpuji. Sebagai mengakhiri coretan ini saya mendoakan semoga STTJ menjadi salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) untuk membuktikan bahawa semua warga di sekolah ini sentiasa memberikan yang TERBAIK dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Insya-Allah..