Bersara Di STTJ
Hjh. Azizah binti Ab. Rahman
Hjh. Azizah binti Ab. Rahman dilahirkan pada tanggal 20 Julai 1953 di Kampung Terusan, Juasseh. Anak ketiga daripada enam adik-beradik. Anak perempuan tunggal kepada Hjh. Halimah dan Hj. Ab. Rahman.Mendapat pendidikan awal di SK Kg . Terusan setakat darjah tiga kemudian menyambung pelajaran di SK Pusat Juasseh dari darjah empat hingga darjah enam. Meneruskan persekolahan ke peringkat menengah di SM Batu Kikir. Berbekalkan keputusan Gred 2 di peringkat SPM , beliau telah ditawarkan ke tingkatan 6 di SM Tunku Ampuan Durah, Seremban selama 2 tahun pada tahun 1971 dan 1972.
Pernah menjadi guru sementara di SK Kuala Klawang, Jelebu. Pada tahun 1974 memasuki Maktab Perguruan Bahasa (MPB) di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kursus yang diambil Pengajian Bahasa Melayu Khas. Program ini diwujudkan kerana kekurangan guru Bahasa Melayu pada ketika itu. Berada di maktab selama setahun dan pada tahun 1975 menjalani latihan mengajar selama setahun di SMK Tunku Kurshiah , Kuala Pilah dan terus diarahkan mengajar sebagai guru tetap di sekolah ini bermula Januari 1976 hingga Mei 1985.
Sepanjang tempoh menjadi pendidik pelbagai tugas dan tanggungjawab dipikul demi anak didik namun cita-cita dan kepuasan diri tidak pernah surut . Pada tahun 1985 beliau telah melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang (UPM) selama tiga tahun setengah . Kursus yang diambil Pengajian Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama (PBMP). Tamat pengajian di UPM beliau telah diarahkan mengajar di SM Vokasional (ERT) Rembau bermula pada tahun 1989 hingga 1994. Pada tahun 1995 telah bertukar ke SM Teknik Tuanku Jaafar hinggalah bersara pada tahyn 2012.
Rencah kehidupan sebagai pendidik menagih pengorbanan masa dan keringat juga tuntutan minda kerana dunia pendidikan yang mengalami transformasi dan dinamik menurut peredaran zaman malah terus mewarnai kematangan diri. Selama 35 tahun mengabdikan diri sebagai pendidik belum ada penolakan untuk menabur bakti . Seperti mana yang kita ketahui kerjaya sebagai pendidik adalah pekerjaan mulia . Inilah sekelumit sumbangan yang dapat dilunaskan sebagai makhluk Allah di muka bumi ini. Guru ibarat mentari yang menerangi kegelapan buana wajib hayati. Antara tugas yang pernah disandang di sekolah ini bermula sebagai Ketua Panitia Bahasa Melayu, diikuti sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa dan diakhiri sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Terlibat sebagai Ketua Pasukan Pemeriksa Kertas Bahasa Melayu 2 SPM, Pentaksir Kawasan ULBS, Pegawai Teknikal Daerah, dan Kebangsaan, terlibat dalam penghakiman aktiviti koakademik bahasa seperti bahas, pantun, pidato , forum dan lain-lain. Walaupun batasan waktu dan usia membatasi diri namun bagi beliau sekali guru tetap guru selama-lamanya. Doa kudus beliau pohonkan agar khidmat yang sempat diberi meninggalkan bekas kepada ribuan anak-anak murid yang pernah dididik dan yang paling didambakan mendapat reda Ilahi. Kata beliau " JANGAN DITAGIH BALASAN YANG AKAN DITERIMA TETAPI IKHLASKAN MEMBERI ".