Pn Juhaida bt Hamid
Saya di lahirkan pada 2 Jun lebih kurang 45 tahun yang lalu di sebuah hospital di Kuala Terengganu. Saya merupakan anak sulung daripada 6 beradik. Bapa saya merupakan seorang Penyelia Sekolah di Pejabat Pelajaran Kuala Terengganu manakala ibu saya pula ialah seorang Penolong Kanan 1 di salah sebuah sekolah rendah di Bandar Kuala Terengganu. Saya mendapat pendidikan awal di St Teresa Kindergarden tempat saya mengenal alam pendidikan yang begitu menyeronokkan bagi saya. Seterusnya saya belajar di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1 K.Terengganu sehingga darjah 4, dan meneruskan persekolahan di Sekolah Rendah Tengku Bariah kerana mengikut ibu saya yang bertukar sekolah.
Persekolahan alam menengah saya bermula di Sekolah Menengah Tengku Bariah dengan memasuki jurusan Perdagangan. Kami telah ditetapkan matlamat sejak kecil setiap seorang dari kami oleh ibu saya dan beliau menggalakkan kami untuk mencapai matlamat tersebut. Sejak kecil saya telah bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan . Di sekolah ini saya telah dipupuk dengan nilai-nilai kepimpinan yang tinggi oleh para guru saya. Saya telah dilantik menjadi Ketua Pengawas semasa saya berada di tingkatan 3. Dalam bidang sukan pula saya sangat aktif dengan mewakili sekolah dalam beberapa bidang permainan seperti bola jaring, bola keranjang dan juga bola baling. Saya juga telah dilantik untuk menjadi Ketua Rumah Kuning walaupun saya seorang perempuan.Walaupun saya aktif di dalam bidang kokurikulum tetapi saya tidak mengabaikan pelajaran.Alhamdulillah hasil daripada galakan yang berterusan daripada ibubapa dan guru, saya telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SRP iaitu 9 aggregate dan merupakan satu-satunya pelajar yang mendapat A1 dalam mata pelajaran akaun. Saya masih terbayang-bayang sehingga kini kegembiraan guru akaun saya ketika itu.
Seterusnya saya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik Terengganu dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Saya sungguh kecewa ketika itu kerana permohonan saya untuk belajar dalam jurusan Perdangagan tidak diterima kerana menurut guru saya keputusan SRP saya adalah lebih bersesuaian dengan bidang kejuruteraan. Pada waktu itu belajar adalah sangat tidak menyeronokkan bagi saya kerana berada dalam bidang yang tidak saya gemari. Tambahan pula ketika itu tiada buku teks kejuruteraan apatah lagi buku rujukan. Di bengkel pula tiada mesin dan saya terpaksa bersaing dengan pelajar lelaki yang lebih cekap dan berkudrat untuk melakukan amali seperti memotong besi secara manual. Namun berbekalkan kata-kata ajaib ibu saya iaitu “Jika orang lain boleh berjaya, kenapa tidak kita!” saya berusaha meminati pelajaran yang baru saya kenali ini dan tidak menjadikan sebagai penghalang untuk saya tidak cemerlang dalam pelajaran.Kecemerlangan dalam bidang sukan tidak saya tinggalkan dan masih mewakili sekolah dalam sukan kegemaran saya iaitu bola jaring. Disebabkan latihan sukan berterusan dan juga terpaksa meninggalkan kelas untuk perlawanan, tambahan pula pelajaran yang mencabar, saya terpaksa belajar 2 kali ganda lebih daripada pelajar yang tidak aktif dalam kokurikulum. Waktu rehat saya banyak dihabiskan untuk berjumpa guru bagi bertanyakan topik yang saya tertinggal. Apabila malam pula kami belajar dengan lampu koridor sahaja memandangkan lampu asrama ditutup pada pukul 11.00 malam.
Hasil kerja keras dan doa yang tidak putus-putus akhirnya saya berjaya juga menjejakkan kaki ke universiti pada tahun 1987. Saya sangat gembira kerana berjaya mengharungi segala rintangan semasa di alam persekolahan dan reda dengan ketentuan Allah Taala bahawa rezeki saya adalah dalam bidang kejuruteraan. Di Universiti Teknologi Malaysia saya telah bertukar ke bidang yang lebih saya minati iaitu Kejuruteraan Awam. Bagi saya bidang ini adalah satu bidang yang sangat menyeronokkan dan dinamik. Sebaik sahaja tamat belajar saya telah memasuki bidang perguruan pula untuk melayakkan saya menjadi guru dalam bidang Kejuruteraan Awam. Pada tahun 1993 saya telah bertemu jodoh dengan suami saya iaitu Zulkifli bin Ahmad dan dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Fatimah Najah (20 tahun) dan Ahmad Hazim (13 tahun). Sebelum saya akhiri nukilan saya ini, saya berharap agar pelajar tidak menjadikan masalah yang dihadapi sebagai penghalang kejayaan dalam SPM. Aktif dalam kokurikulum juga tidak wajar dijadikan alasan untuk malas belajar. Kunci kejayaan bagi saya ialah fokus dalam setiap perkara yang kita lakukan serta tidak lupa moto yang selalu saya pegang iaitu JIKA ORANG LAIN BOLEH BERJAYA, KENAPA TIDAK KITA!