Cik Wangi Wardahti binti Samnu
Dilahirkan di Hospital BatuPahat pada hari Sabtu, 22 Disember 1984. Nama ayah Hj. Samnu bin Mimbar dan Ibu, Hjh Marpuatin binti Marni. Mempunyai 4 orang kakak, 2 orang abang dan seorang adik perempuan. Tiada yang istimewa mengenai diri saya, Cuma ada cerita mengenai pengalaman hidup yang tidak seberapa. Arwah ayah meninggalkan kami sewaktu saya berumur 6 tahun kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya. Apa yang saya tahu waktu itu, tiada sesiapa yang akan hantar saya kesekolah lagi dan bawa jalan-jalan .
Namun, ada hikmahnya. Hubungan kami adik beradik sangat rapat hingga kesaat ini. Susah senang sama dirasai, Susah senang kami kongsi bersama. Seingat saya, waktu ayah meninggal, semua adik beradik masih lagi bersekolah. Kakak menolak menyambung pelajaran keMesir kerana memikirkan belanja persekolahan adik-adik, abang juga melupakan hasrat menyambung pelajaran ke Ireland juga kerana kami. Mak sangat mementingkan pelajaran. Hidup dengan mak mengajar saya erti berdikari. Semua tugas ibu dan ayah, mak lakukan dengan baik sekali. Mak kata janganterlalu bergantung pada orang lain, buat selagi mampu, buat sampaiselesai. Mak mengajar untuk berjimat.Waktu sekolah rendah, mak akan bekalkan 40 sen setiap hari, 20 sen sekolah pagi 20 sen sekolah petang. Kalau mahukan sesuatu, simpan duit belanja, mestilah ada pengorbanan untuk mendapatkan sesuatu.
Untungnya adik beradik ramai, saya boleh mengambil sikap positif kakak dan abang. Apa yang saya belajar daripada kakak yang pertama, ialah sifat suka senyum dan tenang. Cubaan hidup kakak sulung sangat mencabar. Tapi apa yang kakak selalu buat ialah senyum walaupun disaat menghadapi kesusahan dan bersifat tenang. Bukan senang nak senyum pada waktu stress dan bermasalah. Tetapi cubalah, ianya berkesan sebab saya pun meniru perwatakan kakak.
Pelajaran daripada kakak kedua pula ialah cepat, tepat dan pantas. Semua kerja dilakukan dengan cepat dan pantas, kakak tidak suka menangguh kan kerja sebab itulah dia sudah beberapa kali mendapat penghargaan atas hasil kerjanya. Kakak yang ketiga seorang yang tegas dan berani. Kakak yang keempat pula seorang yang rajin dan patuh, apa yang diarahkan dia akan buat dan tidak merungut. Walaupun penat tapi dia kata itulah masa menambahkan ilmu dan pengalaman.
Abang-abang banyak mengajar saya menguruskan diri daripada segala aspek. Merekalah perunding kewangan, penasihat kerjaya dan segalanya tentang pengurusan. Adiksaya pula adalah sebagai pengkritik. Mungkin dia bersikap sedikit prejudis tapi tindakannya matang. Apa sahaja yang saya lakukan atau keputusan yang saya buat, pas tiada kritikan daripada adik. Saya anggap itulah kritikan membina dan membaiki diri lagi. Sebab itulah orang selalu salah sangka adik saya macam kakak pula disebabkan mukanya yang matang.
Jadi, orang-orang yang berada dibelakang saya inilah yang membentuk diri saya sekarang. Sebab itulah saya rasa hubungan kekeluargaan sangat penting dalam membentuk peribadi seseorang. Hargailah orang disekeliling kita, walau dia kawan atau pun lawan, merekalah yang mematangkan kita, mampu mempengaruhi hidup kita tapi hanya kita sahaja yang mampu mengubah diri sendiri kearah yang lebih baik. Seberat mana kesusahan yang dihadapi, ingatlah Allah tidak akan membebani kita melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Al-Baqarahayat 286).