Kursus VLE
Kursus Aplikasi Frog VLE siri pertama tahun ini telah dijalankan pada 10 Januari 2014 bertempat di Makmal Komputer. Kursus ini memberi tumpuan kepada guru-guru di bawah Bidang Sains dan Matematik. Kursus telah bermula pada pukul 3.00 petang dengan kehadiran peserta seramai 19 orang. Ketua Fasilitator iaitu En Mohd Maliki bin Mohd Amin merangkap Penyelaras Bestari telah dibantu oleh 2 orang guru dan seorang Juruteknik Komputer. Beliau telah menerangkan kepentingan aplikasi FrogAsia untuk semua guru. Seterusnya beliau menunjuk cara kaedah untuk membangunkan aplikasi ini. Guru-guru telah menggunakan Chrome Book untuk melayari laman ini bagi mengenal pasti kaedah aplikasi. Kursus tamat pada pukul 5.00 petang.