Bersara di STTJ pada 7 Sept 2015
En Au Sou Liang
Saya dilahirkan pada 8 September 1955 di Rantau, Negeri Sembilan. Ibu saya Lim Kiat Chee, merupakan seorang surirumah. Bapa saya pula Au Kong Yin, merupakan seorang peniaga. Saya bersekolah rendah di SJK (C) Chung Hua, Rantau dan bersekolah menengah di Chung Hua High School, Seremban. Seterusnya saya dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.
Pada 19 Februari 1981 saya mula berkhidmat sebagai seorang guru di SMK Arshad, Kota Belud Sabah. Saya telah berkhidmat di SM Teknik Tuanku Ja’afar, Seremban mulai 1 April 1985. Apabila saya meninggalkan Sabah dan datang ke SM Teknik Tuanku Ja’afar, sebenarnya saya berjalan dengan bantuan sebatang tongkat. Akhirnya lepas lebih kurang setengah tahun di STTJ saya dapat berjalan tanpa tongkat lagi. Saya amat meminati bidang sukan hingga kini walaupun saya sudah tidak mampu untuk menceburinya.
Pada 8 Oktober 1988 saya telah mendirikan rumah tangga dengan Gan Mee Lee yang juga merupakan seorang guru. Kami dikurniakan 2 orang anak lelaki yang kini telah pun menamatkan pengajian di universiti. Kini saya menetap di 242, Jln S2 D3, City Homes, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
Mula-mula di STTJ, saya pernah mengajar mata pelajaran Applied Math Tingkatan 6 dan guru Fizik untuk Tingkatan 4 dan 5. Selepas Tingkatan 6 ditutup disebabkan kekurangan pelajar Tingkatan 6, saya pernah mengajar mata pelajaran Fizik, Matematik dan Matematik Tambahan bagi Tingkatan 4 dan 5. Akhirnya sampai sekarang saya mengajar mata pelajaran Fizik sahaja. Dari tahun 1988 hingga sekarang saya masih merupakan Guru Pendaftaran dan Pengambilan pelajar tingkatan 4. Pada hari pendaftaran setiap tahun saya sibuk mendaftarkan pelajar-pelajar Tingkatan 4 yang hendak belajar di STTJ. Ramai antara ibu bapa pelajar Tingkatan 4 juga merupakan pelajar yang saya pernah daftarkan suatu ketika dulu. Saya juga pernah menjadi penolong guru Peperiksaan Dalaman.
Saya pernah menjadi guru penasihat Koku bagi Kelab Komputer. Kelab komputer mengaturkan kursus komputer yang ringkas bagi semua pelajar tingkatan 4. Sekarang saya ialah guru penasihat bagi Kelab Roket. Pasukan Roket STTJ telah menjadi Johan kategori keseluruhan dalam Pertandingan Pelancaran Roket dalam KASTEK peringkat Negeri dan berjaya mewakili Negeri Sembilan dalam Pertandingan Pelancaran Roket pada tahun 2011. Bagi pertandingan tersebut pasukan roket STTJ telah menjadi Johan untuk Kategori Terbuka.
STTJ merupakan sekolah yang paling lama tempat saya berkhidmat. Selama saya berkhidmat di sini, saya telah mengajar beribu-ribu pelajar. Saya berharap pelajar-pelajar STTJ yang tamat pelajaran Tingkatan 5 dan Prauniversiti berjaya dalam pelajaran lanjutan mereka dan berjaya serta bahagia dalam kehidupan mereka. Nasihat saya kepada semua pelajar “ apabila melakukan sesuatu buatlah dengan bersungguh-sungguh”