Pn Normali bt Abd Ghani
Saya merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan. Dilahirkan dalam keheningan pagi tanggal 6 September 1967 di Kampung Tanah Baru, Inas. Anak bongsu daripada 9 orang adik-beradik. Dibesarkan dalam suasana hidup yang serba kekurangan dan jauh dari kesibukan kota tanpa bekalan elektrik serta air paip sehingga saya di tingkatan 5. Malam diterangi cahaya pelita dan mandi menggunakan air sungai yang berhampiran. Abah merupakan bekas persara tentera dan berkerja di kampung sebagai penoreh getah dengan dibantu oleh emak. Disamping itu mereka turut mengusahakan sebidang tanah sawah untuk menampung keperluan keluarga yang besar. Saya mendapat pendidikan awal di SK Undang Johol dan seterusnya di SM Datuk Undang Abdul Manap.
Untuk pergi ke sekolah saya terpaksa berjalan kaki ke jalan besar selama 20 minit setiap hari pergi dan balik dengan melalui jalan tanah merah. Dalam suasana pagi yang masih gelap iaitu jam 6 pagi saya telah keluar rumah kerana bimbang ditinggalkan bas. Apabila hujan saya ke sekolah berpayungkan daun pisang dan berkaki ayam kerana kasut diletakkan di dalam plastik. Saya tanamkan tekad dan azam disetiap langkah untuk berjaya dalam kehidupan. Saya turut ke sawah membantu emak dan abah menguruskan tanaman padi mereka pada setiap hujung minggu dan sepanjang cuti sekolah. Kesusahan yang dilalui mengajar saya erti ketabahan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM bagi membantu kehidupan keluarga. Keputusan SPM yang memberangsangkan akhirnya melayakkan saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1985 dalam jurusan Sains serta Pendidikan. Berkat usaha gigih selama 5 tahun di UTM Skudai Johor, akhirnya saya berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan.
Sebaik sahaja tamat pengajian saya telah ditawarkan berkhidmat di SM Teknik Tuanku Jaafar pada 17 Jun 1991 dengan mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik. Di STTJ saya telah menjadi warden asrama sehingga 1995. Pada 31 Disember 1995 saya telah dipertemukan jodoh dengan En. Mohd Faizal bin Hassan, merupakan seorang kaunselor yang pada ketika itu berkhidmat di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban. Saya telah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Farah Iwani (17 tahun), Husna Adila (14 tahun), Zahin Hakimi (12 tahun) dan Hanis Nafeesa (8 tahun).
Selama 23 tahun berkhidmat di STTJ, banyak pengalaman dan ilmu yang saya peroleh. Hubungan yang baik dengan rakan-rakan sejawat dan diberi peluang mendidik pelajar-pelajar yang cemerlang menyebabkan saya begitu sayang akan sekolah ini hinggakan tiada keinginan untuk berpindah ke tempat lain. Banyak jawatan yang telah dipegang antaranya menjadi warden, ketua panitia Matematik, ketua rumah sukan, guru kelas dan bermacam jawatan lagi. Kini saya bertindak sebagai Guru Media dan Perpustakaan yang telah saya pegang mulai tahun 2006. Kejayaan anak didik juga memberi kepuasan kepada saya. Rasa bangga dan puas juga terselit di hati apabila mengetahui anak didik telah berjaya dan memegang jawatan yang hebat dalam sesebuah organisasi. Alhamdulillah, untuk segala-galanya.