Besara Di SMK Johor Bharu Pada 2015
En Wong Chan Mau (1988 - 2012)
Cikgu Wong Chan Mau telah mula berkhidmat di STTJ pada 01 Januari 1988. Setelah berkhidmat di STTJ selama 25 tahun, akhirnya beliau berpindah ke SM Teknik JB mulai 2013. Tujuan beliau berpindah agar dapat berada bersama anak perempuannya yang mengajar di Skudai. Di samping itu, beliau akan menimang cucu pada awal 2013 dan isterinya akan dapat membantu menjaga cucu.
Perpindahan ini bukan disebabkan beliau tidak lagi suka bekerja di STTJ malah beliau benar-benar suka mengajar di sini. Majlis perpisahan dan makan malam untuk beliau telah diadakan pada 8 Nov 2012 (Khamis). Warga sekolah berasa kehilangan yang besar kerana beliau merupakan guru Matematik Tambahan yang hebat.
Kata-kata akhir beliau: “Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga STTJ , baik pihak pengurusan, guru-guru sejawat, staf sokongan serta pelajar-pelajar kerana selama ini telah memberikan kerjasama kepada saya, baik semasa saya bertugas sebagai Penolong Kanan mahupun semasa bertugas sebagai guru biasa. Saya juga ingin memohon maaf daripada semua pihak seandainya saya pernah menyinggung perasaan anda semua. Harapan saya ialah walaupun saya sudah pindah, STTJ akan tetap menjadi sekolah yang cemerlang dan terbilang.
Kepada kelas 5PKA1 dan 5PDG1 untuk 2013, saya menyeru agar pelajar-pelajar kelas ini akan memberikan sokongan, kepercayaan dan kerjasama sepenuhnya kepada guru ganti saya bagi Matematik Tambahan kerana sememangnya setiap guru di STTJ hebat belaka. Kepada semua rakan sejawat saya, mudah-mudahan anda semua akan tetap gembira selalu. Saya pastinya akan merindui anda semua. Bolehlah hubungi saya melalui FB dan emel. Alamat terkini saya : No. 1, Jln. Jasa 38, Presint Jasa, Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor.”