Berpindah Ke Perak
Ustaz Yaakob
Dilahirkan oleh Puan Jamaliah pada 13 Zulhijjah 1395H, waktu subuh bersamaan 16 Disember 1975 di Baling, Kedah. Diberi nama Ya’akub oleh ayah, Ismail. Anak bongsu daripada 11 orang adik-beradik. Bapa seorang peniaga kecil-kecilan. Setiap hari dari rumah ke rumah menjual kain dengan untung yang tidak seberapa. Beberapa kali menukar perniagaan hinggalah berjaya membuka kedai kecil di Pekan Kupang. Memandangkan kami ada 11 orang adik-beradik, kakak sulung saya terpaksa berhenti sekolah dan saya hanya dibekalkan 20 sen sehari di sekolah rendah. Malahan saya tidak pernah pun mempunyai alat mainan sendiri termasuk basikal seperti kawan-kawan yang lain. Menyedari saya bukanlah anak orang senang, saya bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa mendapat tempat 1-3 di sekolah sehinggalah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
Mula bersekolah pada tahun 1982 di Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang, Baling dan meneruskan pengajian menengah di Ma’ahad Mahmud, Alor Setar pada tahun 1988. Mengambil aliran sains semasa SPM, dan aliran agama semasa STPM. Tahun 1996 melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Usuluddin. 2001-2002 bekerja sementara di USM sebagai pembantu penyelidik dan tutor. 2003 mengambil kursus perguruan KPLI di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Shah, Sungai Petani. 2004 ditempatkan sebagai guru di SMT Tuanku Jaafar dan terus dilantik menjadi warden. Satu cabaran apabila dilantik menjadi Ketua Warden dari tahun 2007 – 2009. Januari 2011 – 15 Julai 2011, Ketua Panitia Pendidikan Islam. SMTTJ terkenal dari dahulu lagi sebagai sekolah yang berprestij, pelajar yang bijak dan kebanyakan mereka berjaya menjawat jawatan yang penting. Harapan saya kepada semua pelajar SMTTJ supaya meneruskan kecemerlangan ini dengan sentiasa menjaga disiplin dan nama baik sekolah.
Setelah tujuh tahun setengah mengajar di sekolah ini, saya akui SMTTJ mempunyai budaya yang mementingkan akademik dan hubungan sesama insan, baik para gurunya, pelajar, staf dan pengurusan. Saya bangga kerana pernah menjadi warga SMTTJ. Doakan yang terbaik semasa saya berada SMV Batu Lanchang, Pulau Pinang mulai 18 Julai 2011.
Buat pelajar SMTTJ tersayang….Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja ...kemudian akan senang seumur hidup. Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian.

Pada 15 julai 2011 telah diadakan majlis perpisahan Ustaz Yaakub atas perpindahan beliau ke sekolah baru. Majlis ini diadakan di kantin SMTTJ dan dihadiri oleh semua guru dan kakitangan SMTTJ. Majlis bermula pada pukul 11.50 pagi dengan ucapan selamat tinggal daripada Ustaz Yaakub disusuli dengan penyerahan cenderamata daripada pihak panitia setiap bidang, pihak kakitangan sekolah, warden asrama SMTTJ dan pihak kaunseling. Perpindahan Ustaz Yaakub ini memberi seribu ingatan atas jasa serta sumbangan beliau kepada sekolah sepanjang perkhidmatan beliau di sini. Jasamu tetap dikenang, semoga maju jaya di sekolah baru.