Pn Hjh Nurul Izzati bt Khalid
Saya dilahirkan di Melaka pada 4 April 1972. Zaman kanak-kanak saya banyak dihabiskan di Kuching, Sarawak kerana mengikut bapa saya bertugas di sana. Kemudian kami sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur dan meneruskan alam persekolahan di sana sehingga ke Tingkatan 1. Kemudian saya meneruskan pendidikan sekolah menengah di Seremban. Dengan keputusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) ketika itu, saya terpilih untuk meneruskan pelajaran ke Tingkatan 4 dalam aliran sains. Oleh sebab saya suka melukis, saya telah memilih mata pelajaran Lukisan semasa di Tingkatan 5 dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran tersebut semasa peperiksaan SPM. Pendidikan selepas SPM saya bermula di Politeknik Ungku Omar, Perak dengan mengikuti bidang Senibina.
Seterusnya saya melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama dalam bidang Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Malaysia dan Master Sains dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Putra Malaysia. Saya menimba ilmu perguruan di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur bagi bergelar seorang pendidik. Saya melalui proses yang agak panjang dalam menimba ilmu akademik dan mempunyai pelbagai pengalaman pekerjaan. Antaranya ialah sebagai pelukis pelan di beberapa buah firma arkitek dan pernah berkhidmat di dua buah kilang Jepun dan ditugaskan mereka bentuk kompresor pendingin hawa.
Pengalaman dalam bidang pendidikan bermula di SMT Seri Iskandar, Perak, SMT Port Dickson dan kini di SMT Tuanku Jaafar. Bagi mengakhiri tulisan ini, saya ingin berkongsi pesanan seseorang yang selalu bermain di minda saya. Ramai manusia pada akhir zaman ini mempunyai ilmu yang tinggi, tetapi ilmunya tidak meresap pada sedarah sedaging, kerana nafsu itu apabila mendapat ilmu, dia akan melapuk-lapukkan ilmu itu dan jadilah ilmu itu sekadar pengetahuan. Buktinya; jika ditanya soalan, sentiasa kita mampu memberi pelbagai jawapan, tetapi hakikatnya dalaman kita kosong. Kita boleh diibaratkan tin kosong yang berbunyi bermacam-macam di dalamnya. Kalau tin itu penuh, sekiranya digoncang tin itu tak akan mengeluarkan bunyi yang bising. Begitulah hati ini, kalau dipenuhi dengan zikir, maka hati itu tidak akan berbunyi lagi.
Kerana itu, kalau kita belajar dengan seseorang, hati kita mudah tertambat dengannya, tetapi apabila kita belajar ilmu Allah, sudahkah kita tertambat hati dengan Allah? Kita belajar ilmu Rasulullah, sudahkah kita tertambat kasih padanya? Tepuk dada, tanya iman kita, di manakah hasil pengetahuan yang kita pelajari itu. Adakah ia sudah mesra atau masih berputar di akal fikiran. Kalam ini ditujukan untuk diri ini yang berbicara dan ingin dikongsikan bersama anak murid yang saya sayangi.