Puan Zulbaydah bt Sidek
Kata beliau , "Saya dilahirkan di Muar, Johor dan merupakan anak ketiga daripada 6 orang adik-beradik. Sekarang, saya menetap di Taman Panchor Jaya bersama suami, 2 orang anak lelaki, seekor kucing, 3 ekor ayam dan 6 ekor ikan. Saya sangat suka akan binatang dan pernah suatu ketika dahulu memelihara sehingga 22 ekor kucing. Saya bersekolah darjah 1 di Sek Rendah Larkin, Johor Bahru, darjah 2 hingga 6 di Sek Ren Perempuan Sultan Ibrahim, Johor Bahru (SIGS), tingkatan 1 hingga tingkatan 3 di Sek Men Perempuan Sultan Ibrahim, Johor Bahru dan tingkatan 4 hingga tingkatan 5 di Sek Men Perempuan Sultan Abu Bakar, Muar.
Pada ketika itu arwah abah telah berpencen sebagai askar dan kami sekeluarga kembali menetap di kampung. Saya berulang alik ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. Masa perjalanan lebih kurang 1 jam. Keadaan di luar rumah gelap gelita ketika keluar menunggu bas di tepi jalan. Semasa di tingkatan 4 dan 5, saya selalu gagal mata pelajaran Matematik Tambahan dalam peperiksaan . Terkejut juga dapat markah merah. Semua itu tidak mematahkan semangat saya malah saya kuatkan usaha dan rajin membuat latihan adakalanya berjaga sehingga ke pagi terutama semasa cuti sekolah untuk siapkan latihan. Guru Matematik Tambahan saya pada ketika itu ialah Miss Tan, garang pulak tu! Kalau ada soalan tidak dapat jawab, pagi-pagi di sekolah tiru jawapan kawan. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya mendapat A2 untuk Matematik Tambahan dalam peperiksaan SPM. Kesimpulannya, kalau nak berjaya, kenalah berusaha.
Tamat tingkatan 5, saya dapat melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat, full scholarship. Setahun di University of Newark, Delaware dan hampir 4 tahun di University of North Carolina di Charlotte, North Carolina. Seronok, banyak pengalaman, banyak cabaran, banyak kenangan yang dapat dilihat di tempat orang. Cuti semester, boleh berjalan-jalan seperti ke Niagara Falls, Disney World dan New York City. Ingatan daripada cikgu belajarlah bersungguh-sungguh supaya kamu juga dapat ke luar negara. Peluang seumur hidup untuk seseorang seperti saya yang datang daripada keluarga yang tidak mampu untuk hantar belajar jauh-jauh. Balik ke Malaysia, bawa Ijazah Kejuruteraan Awam. Tak ada rezeki menjadi jurutera tetapi saya sambung belajar lagi di UTM, Diploma Pendidikan lepasan ijazah selama setahun. Menjadi guru pelatih di SMTTJ selama 3 bulan. Kemudian dapat surat posting di SMTTJ juga (tahun 1991) sehinggalah kini saya memegang jawatan sebagai Guru Kanan Mata pelajaran Teknikal. Walaupun saya tidak dapat memenuhi impian menjadi jurutera, tetapi alhamdulillah saya telah berpeluang memberi didikan awal kepada ramai jurutera dan bakal jurutera seperti anda. Itulah yang telah ditakdirkan untuk saya. Kepada para pelajar, fokus kepada pelajaran, bersederhana dalam kehidupan, banyakkan amalan agama dan ingat jati diri anda. Insyaallah, saya doakan semua akan berjaya dengan cemerlang di dunia dan di akhirat!.