Pn Rashidah bt Abd Manaf
Saya merupakan anak jati Negeri Sembilan dan telah dilahirkan pada 11 Januari 1968 (sama tarikh lahir dengan penyanyi Siti Nurhaliza ). Saya anak kedua daripada lima orang adik-beradik . Antara hobi saya ialah memasak dan makan . Saya menggemari masakan kampung serta masakan pedas dan masam seperti tom yam dan laksa. Bapa saya merupakan pesara tentera dan ibu saya seorang suri rumah. Saya tinggal di Kg Dusun Tampin, Negeri Sembilan.
Saya mendapat pendidikan menengah di Sek Men Tampin ( kini dikenali sebagai Sek Men Tuanku Syed Idrus ). Selepas mendapat Gred 1 dalam peperiksaan SPM pada tahun 1985 , saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang dan selepas 6 tahun saya dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Perumahan Bangunan dan Perancangan ( Perancang Bandar) dengan kepujian . Saya pernah bekerja sebagai pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS ) selama dua tahun sebelum saya mengikuti kursus pengajian lepasan ijazah ( KPLI) bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan Inggeris (TESL ) di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK ) di Cheras .
Saya mendirikan rumah tangga dengan Mejar Mohamed Rosly Bin Darasid pada 14 Januari 1994. Suami saya merupakan seorang pegawai tentera yang sedang berkhidmat di Unit Kaunseling, Cawangan Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur. Kami telah dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata iaitu 3 perempuan dan seorang lelaki .
Sekolah pertama saya bertugas ialah Sek Men Lui Barat , Jempol . Dahulu saya sering berpindah sekolah kerana mengikuti suami yang bertugas sebagai anggota keselamatan. Saya pernah mengajar di Sek Men Ulu Tiram, Johor Bahru dan Sek Men Keb Luak di Miri Sarawak. Sekolah-sekolah yang lain ialah Sek Men Jalan Sikamat di Seremban ( sekarang dikenali sebagai Sek Men Hj Mohd Redza ) dan Sek Men Datuk Abdullah Astana Raja di Rembau . Sehingga ke hari ini saya telah berkhidmat di 6 buah sekolah dan setiap sekolah tersebut memberikan saya pengalaman yang berbeza dan saya sangat menghargainya.
Saya mula berkhidmat di Sek Men Teknik Tuanku Jaafar pada 1 Jun 2003 dan saya merupakan guru Bahasa Inggeris dan Sejarah . Selain itu, saya ialah guru kelas bagi 5 PKA 2 dan juga setiausaha kokurikulum sekolah. Saya telah berkhidmat sebagai guru selama 18 tahun dan saya sangat bersyukur kerana terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan. Falsafah hidup saya ialah sentiasa berbuat baik kepada orang lain seperti mana kita mahu orang lain berbuat baik kepada kita. Kita juga perlu sentiasa ceria dan berfikiran positif. Sekian. Terima kasih.