Bersara Di STTJ Pada 2011
En. Mohd Zin bin Abd Aziz (1995-2011)
En. Mohd Zin bin Abd Aziz pernah memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum sehingga Disember 2011. Beliau dilahirkan pada 20 Okt 1953 di Kg Talang Kuala Pilah. Beliau bersekolah rendah di Sekolah Rendah Dato’ Idris dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Dato Abdul Samad Kuala Pilah. Pada 1974 beliau telah melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Johor Baharu selama setahun. Sekolah pertama beliau berkhidmat ialah Sekolah Dato’ Sheikh Ahmad, Seremban setelah menjalani latihan mengajar di sekolah yang sama selama setahun.
Beliau sangat aktif dalam bidang sukan Bola Sepak dan adalah pemain bola sepak PSKPPM dan sering mewakili Negeri Sembilan. Beliau berkahwin dengan Salmiah bt Ithnin (kini Penolong Kanan Akademik di SMK Panchor) pada 5 April 1979. Pada Julai 1986—Disember 1989, beliau telah melanjutkan pelajaran di UPM dalam jurusan Pengajian Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama.
Setelah tamat pengajian beliau telah berkhidmat di SM Teknik Port Dickson dan pada Disember 1995 dan kemudian di SM Teknik Tuanku Ja’afar. Beliau dilantik kejawatan Penolong Kanan KoKurikulum pada tahun 2003 sehingga beliau bersara wajib pada 2012. Sebagai Penolong Kanan Kokurikulum beliau berharap agar pencapaian Kokurikulum seiring dengan kecemerlangan akademik kerana pelajar-pelajar SMTTJ adalah para pelajar yang cemerlang.
Pada hari Rabu tanggal 19 Oktober 2011 merupakan hari persaraan En. Mohd Zin bin Abd Aziz iaitu Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sek. Men. Teknik Tuanku Jaafar. Majlis jamuan terakhir bersama-sama beliau telah diadakan di Bilik Bestari bersama-sama guru dan staf. Pada sebelah petangnya diadakan majlis persaraan secara rasmi di Dewan Besar. Pelbagai acara diadakan antaranya persembahan multimedia yang mencoretkan kenangan bersama-sama beliau di SMTTJ sepanjang perkhidmatannya. Selain itu, persembahan pelajar daripada Kelab Silat Gayong SMTTJ yang cukup menghiburkan hati para audien dewan. Penyerahan cenderamata daripada guru-guru dan staf SMTTJ juga menjadi acara majlis berkenaan sebagai penghargaan kepada beliau yang telah berjasa kepada SMTTJ. Penyerahan potret yang melakarkan wajah En. Mohd Zin kepada Tuan Pengetua sebagai kenang-kenangan daripada beliau kepada pihak sekolah. Akhir kata semoga beliau mendapat haji yang mabrur dan sentiasa beroleh kebahagiaan dan kesihatan yang berpanjangan. AAmien.