Sekolah Teknik Tuanku Jaafar atau nama ringkasnya TjTi atau STTJ , merupakan sebuah sekolah kluster dan sekolah menengah teknik yang terletak di KM 4 Jalan Seremban-Kuala Pilah, Ampangan, Negeri Sembilan. Pada tahun 2007, SMT Tuanku Jaafar telah dianugerahkan sebagai "Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)" Berikut merupakan rentetan peristiwa sejarah STTJ sehingga tahun 2007:
Rentetan Sejarah 1972 Bangunan-bangunan kelas, makmal sains, bengkel, asrama dan dewan makan mula dibina di atas tanah seluas kira-kira 9 hektar, di Ampangan, Seremban. 1972 Sekolah Menengah Teknik Seremban dibuka dengan pelajar-pelajar dan guru-guru menumpang di Sekolah Menengah Vokasional, Seremban. 1973 Pembinaan selsesai dan pelajar-pelajar berpindah dari Sekolah Menengah Vokasional ke bangunan baru. 1977 Sekolah Menengah Teknik Seremban diberikan nama baru iaitu Sekolah Teknik Tuanku Jaafar (STTJ). DYMM Tuanku Jaafar merasmikan nama sekolah yang baru. 1978 Satu Tayangan Perdana dan satu Walkaton diadakan di bawah naungan DYMM Tuanku Yang Di-Pertuan Besar, N. Sembilan. Hasil kutipan digunakan untuk membekalkan alat pendingin hawa di perpustakaan sekolah dan menambah buku-buku perpustakaan. Sebuah gelanggang bola keranjang dan dua gelanggang badminton turut dibina. 1980 Satu usaha kutipan derma daripada syarikat-syarikat tempatan dijalankan bagi tujuan pembelian sebuah bas dan van. 1981 Upacara penyerahan bas dirasmikan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar, Negeri Sembilan. 1985 Pembinaan astaka, di bawah naungan DYMM Yang Di-Pertuan Besar, N. Sembilan. 1986 Pembinaan dewan kuliah yang lengkap dengan pendingin hawa. 1987 Perasmian Dewan Kuliah Tuanku Ampuan Najihah oleh DYMM Tuanku Ampuan Najihah. 1988 Pembinaan sebuah gelanggang tenis dan perasmian oleh DYMM Yang Di-Pertuan Besar, N. Sembilan. 1991 Pembinaan sebuah kantin sekolah 1992 Pembinaan sebuah tempat letak kereta untuk kakitangan sekolah. 1993 Pembinaan sebuah Bilik Pusat Sumber Sekolah untuk kegunaan guru dan pelajar. 1994 Pengubahsuaian 4 buah bengkel untuk jurusan kejuruteraan jentera, awam dan elektrik dan elektronik. Sebuah bengkel lagi digunakan untuk memuatkan sebanyak 20 buah komputer dan alat-alat pencetak. Pembinaan sebuah ruang Anneks di antara Dewan Makan Asrama dan kantin sekolah untuk kegunaan pelajar sebagai tempat rehat dan prep. 1995 Pemasangan kipas dan siling baru di bilik guru. 1996 Pembinaan sebuah Balai Wawasan untuk kegunaan pelajar. 1997 Projek naik taraf sekolah. 1998 Penerimaan sebuah bas yang baru. Projek naik taraf sekolah masih diteruskan. 1999 Perasmian Dewan Besar Tuanku Jaafar oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Seri Paduka Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. 2000 Perpindahan pejabat pengurusan ke bangunan blok (Blok Guru) 2003 Larian 30 tahun Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar - Jogathon pembinaan pintu gerbang STTJ 2004 Pembinaan sebuah makmal komputer. 2006 SMTTJ dijadikan sekolah kawalan. 2007 SMTTJ diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) kategori SMT.