Hari Guru STTJ 15 Mei 2014
Sambutan Hari Guru pada tahun ini telah dimulakan awal sebelum tarikh sambutan yang sebenar. Ini memberi laluan bagi melaksanakan lebih banyak aktiviti permainan untuk para guru. Pada 15 Mei yang lalu telah dijalankan pertandingan futsal dan bola jaring bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.
Pada 16 Mei Sambutan Hari Guru bermula pada pukul 7.50 pagi selepas majlis bacaan Yasin. Aktiviti dimulakan dengan taklimat dan pendaftaran sukaneka. Pelbagai acara sukaneka, kesemua permainan mendapat sambutan yang baik daripada guru-guru termasuk Tuan Pengetua sendiri iaitu Tuan Haji Zulkiflee bin Abd. Rahman.
Pada pukul 10.00 pagi semua guru dan pelajar berehat selama 30 minit sebelum menyambung semula aktiviti sambutan di Dewan Besar. Sebelum warga pendidik STTJ memasuki Dewan Besar, semua guru berkumpul di hadapan pejabat. Semua guru diarak dengan paluan kompang dan bunga manggar sambil diiringi oleh Ketua Pengawas iaitu Danial Deen Danish dan ketua PRS iaitu Muhammad Nur Zaqwan Bin Hashinordin. Tuan Pengetua meletupkan belon yang bergantungan di pintu masuk Dewan Besar sebelum guru-guru memasuki dewan.
Pada pukul 12.00 tengah hari semua guru bergerak ke Dewan Makan pula untuk menjamu selera sambil berlangsungnya penyampaian hadiah pertandingan Futsal, Bola Jaring, Sukaneka, Anugerah Guru Penyayang, Guru Sporting, Hadiah Penghargaan kepada guru-guru praktikum dan Anugerah Khas Lucky Chair. Akhir sekali para guru turut dijamu dengan tayangan video pelajar STTJ 2012. Majlis ditutup dengan sesi fotografi guru-guru bersama pelajar STTJ 2012. Sambutan ini tamat pada pukul 1.00 tengah hari.