Pn Norashikin bt Baharuddin
Saya dilahirkan pada 18 Januari 1971 di Hospital Besar Seremban dan merupakan anak ke-2 daripada 5 orang adik beradik. Bapa saya, Haji Baharuddin merupakan seorang pegawai Petronas di Melaka. Ibu saya Hajah Fatimah merupakan seorang guru di Port Dickson. Walaupun saya dibesarkan dengan kesenangan namun begitu saya tidak dimanjakan. Saya pernah menjual buah jambu di pantai Port Dickson semasa cuti sekolah untuk mengumpul wang perbelanjaan. Saya juga sering membantu ibu saudara menjual nasi lemak dan kuih muih semasa cuti sekolah di rumah bapa saudara saya di Johor Bahru.
Saya memulakan zaman persekolahan di Government English Primary School, Port Dickson sebelum berpindah ke Sek Keb Kampung Gelam. Pada tahun 1984, saya mengikut keluarga berpindah ke Kerteh, Terengganu. Di sana saya telah melanjutkan pelajaran di SMK Badrul Alam Shah, Kemasik sebelum mendapat tawaran ke Kelas Rancangan Khas di SMK Chukai, Kemaman. Setelah mendapat keputusan Sijil Rendah Pelajaran, saya telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 di SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Setelah itu saya telah melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di SM Sultan Ismail, Kemaman. Saya merupakan seorang pelajar yang aktif dalam bidang sukan. Saya telah mewakili sekolah dalam permainan hoki dari darjah 4 sehingga tingkatan 5. Semasa mengikuti kursus perguruan di Institut Perguruan Darul Aman, Kedah, saya telah mewakili Institut dan juga MAKSAK Kedah dalam permainan hoki. Selain dari itu, saya juga telah mewakili sekolah dan daerah dalam permainan bola jaring dan olahraga.
Sebelum memasuki Institut Perguruan, saya telah menimba pengalaman bekerja di Jabatan Perangkaan, Kuala Lumpur, menjadi guru ganti di SMK Badrul Alam Shah, Kemasik dan kerani di Bank Bumiputera Berhad cawangan Kerteh, Terengganu. Namun begitu, minat yang mendalam dalam bidang perguruan telah menyebabkan saya meletakkan jawatan di bank tersebut setelah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institut Perguruan. Pengalaman pertama saya sebagai seorang guru bermula apabila saya ditempatkan di SK Bukti Bota, Chenor, Maran, Pahang selama 6 bulan. Setelah itu, saya telah bertukar ke SMK Tronoh, Perak dari tahun 1994 hingga 2007. Selama 13 tahun di sekolah tersebut, pelbagai suka duka mewarnai hidup saya sebagai seorang guru. Bukan mudah untuk mendidik para pelajar yang majoriti berbangsa Cina. Namun begitu saya tabah menghadapi pelbagai kerenah para pelajar di sekolah tersebut.
Pada tahun 1998 saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia. Dengan izin Allah, usaha yang bersungguh-sungguh serta pengorbanan dan doa keluarga, saya dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) major Sejarah. Pada tahun 2008 saya telah berpindah ke SM Teknik Tuanku Jaafar. Di sini juga saya telah dilantik sebagai Ketua Panitia Sejarah sehingga kini. Saya telah mendirikan rumah tangga dengan En. Mohd Hamdan bin Osman, yang juga merupakan seorang guru dan dikurniakan 3 orang cahaya mata.
Falsafah hidup saya, sentiasa berusaha dan berfikiran positif. Abaikan kata-kata negatif orang lain yang tidak membantu kita untuk lebih maju. Di samping itu, sentiasa bersyukur dan hargai kehidupan yang diberikan Allah.