Bersara di KV Arau
Pn. Hajah Siti Zabidah bt Mohd Dusa.
Guru bulan ini ialah Pn. Siti Zabidah bt Mohd Dusa. Beliau dilahirkan pada 3 Mac 1962 dan kini berumur 48 tahun. Berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan. Telah berkahwin dan suami beliau bernama Hamid bin Abd Aziz. Alamat terkini beliau ialah 410,Jalan Sri Pulai 23, Taman Sri Pulai , Sikamat, 70400 Seremban. Beliau bersekolah rendah di Sek Keb Triang. Bersekolah menengah di Sek. Men. Bandar Tinggi, sekarang dikenali sebagai Sek Men Dato’ Undang Musa Al-haj (dari tingkatan 1—3) dan Sek. Men. Keb. Tuanku Ampuan Durah (Tingkatan 4—6). Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertanian Malaysia dengan mengambil Diploma Sains dengan Pendidikan (pengkhususan Matematik) dan Bacelor sains dengan Pendidikan (Pengkhususan Matematik). Beliau mula mengajar pada 21.7.1987 di Sek.Men. Teriang Hilir (Mengajar Matematik dan Sains).
Pada 1.12.1991, beliau telah berpindah ke Sek.Men.Vokasional Kuala Klawang dan pada 1992-1997 beliau telah memegang Jawatan Penolong Kanan Kokurikulum. Pada 1998 Sekolah Menengah Vokasional Kuala Klawang dinaik taraf menjadi Sekolah Teknik Kuala Klawang dan pada 1999 beliau telah memegang Jawatan Penolong Kanan HEM. Semasa di SMV/SMT Kuala Klawang beliau mengajar subjek Matematik Tambahan, Matematik dan Fizik. Pada tahun 2000 beliau telah berpindah ke SMT Tuanku Ja’afar hinggalah sekarang. Seterusnya beliau telah dilantik sebagai Penolong Kanan HEM pada 1 Mac 2006. Di SMT Tuanku Jaafar, beliau telah mengajar mata pelajaran Matematik Tambahan dan Sivik. Harapan beliau sebagai PK HEM ialah mahu melihat pelajar SMT Tuanku Ja’afar berdisiplin, berbudi bahasa,berwawasan, berakhlak mulia, yakin dan berjaya dengan cemerlang dan mahu melihat sekolah ini terkenal di mata dunia dan namanya meniti di bibir setiap rakyat Malaysia. Sekarang beliau menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di STTJ. Kepada anak -anak SMTTJ : Kita tidak akan hidup jika tiada masalah tetapi jangan jadikan masalah sebagai bebanan hidup kerana tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan selagi kita hidup. Moto hidup : "Try to be the best"