Pn Hjh Harison bt Mohd Hassan
Dilahirkan pada 12 Mei di Temerloh, Pahang, saya ialah anak kedua daripada enam orang adik beradik, tiga lelaki dan tiga perempuan. Kedua ibu bapa, Hj Mohd Hassan bin Ali, dan arwah ibu, Hjh Kamariah binti Mohd Yatib, adalah bekas guru. Arwah datuk sebelah ibu saya juga asalnya seorang Guru Besar semasa zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.
Memulakan prapersekolahan di SK Temerloh, mengikut arwah ibu yang mengajar di sekolah tersebut pada masa itu, saya seterusnya memasuki persekolahan di SK Jalan Bahagia, Temerloh dari Darjah Satu hingga Enam. Seterusnya, saya menyambung persekolahan menengah di SMK Abu Bakar Temerloh dalam Tingkatan Satu. Penghujung tahun tersebut, bapa saya yang bertugas sebagai Pengetua telah ditukarkan ke SMK Tengku Abdullah, Pekan, Pahang. Saya dan keluarga turut berpindah dan saya menyambung Tingkatan Dua di sekolah tempat bapa saya bertugas. Dengan keputusan Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) yang agak baik, saya ditawarkan untuk menyambung persekolahan menengah atas, Tingkatan Empat dan Lima, di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang (SEMSAS).
Selepas tamat Tingkatan Lima, saya telah ditawarkan untuk mengikuti kursus TOEFL (Teaching of English as a Foreign Language) di Seksyen 2, Shah Alam, selama 6 bulan sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat atas tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Dalam Bulan September 1984, saya berlepas ke Chicago, Amerika Syarikat untuk memulakan pengajian peringkat ijazah di University of Illinois at Chicago dalam bidang Perniagaan (Business) dengan tawaran pengkhususan dalam Actuarial Science (Sains Aktuari). Selepas tamat ‘preBusiness’ di Chicago, saya kemudiannya berpindah ke University of Wisconsin at Madison untuk menyambung pelajaran dengan menukar jurusan pengajian kepada Management Information System (MIS) – Sistem Pengurusan Maklumat selama tiga tahun. Alhamdulillah, akhirnya, setelah berpenat lelah di rantau orang selama 4 tahun, dalam bulan Ogos 1988, saya pulang ke tanah air dengan menggenggam segulung ijazah, ’Bachelor in Business Administration specializing in Management Information System’.
Tahun 1988 juga menyaksikan saya mula menceburkan diri dalam bidang perguruan. Bulan September 1988, saya mengisi masa dengan membantu mengajar Matematik kepada pelajar Tingkatan 3 pada waktu petang di SMK Tengku Abdullah, Pekan. Di sini mula timbulnya minat dalam bidang pendidikan. Tambahan pula, kedua-dua ibu bapa saya juga amat menggalakkan saya untuk menjadi guru. Tahun berikutnya, saya mula memohon untuk menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di sekolah-sekolah sekitar Pekan, Pahang tempat keluarga saya menetap. Pengalaman yang dikutip selama menjadi GSTT di 3 sekolah selama satu setengah tahun benar-benar mengukuhkan minat saya untuk meneruskan karier saya dalam bidang keguruan. Akhirnya, dalam tahun 1991, saya ditawarkan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dengan pengkhususan dalam Bahasa Inggeris di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, selama 1 tahun. Selepas menerima Diploma Pendidikan, saya ditempatkan di SMV Simpang Sanggang, Temerloh, Pahang pada 17 Jun 1991. Namun, saya hanya sempat menyumbang bakti selama 6 bulan sahaja di SMV tersebut. Pada penghujung tahun 1991, saya telah melangsungkan perkahwinan dengan Norahim bin Buang dan seterusnya mengikut suami berpindah ke Johor Bahru. Saya meneruskan kerjaya guru di SMT Johor Bahru selama 2 tahun (1992 – 1993). Dalam tahun 1994, saya berpindah sekali lagi mengikut suami ke Seremban dan bermulalah sejarah saya di SMT TuankuJaafar,Serembansehingga kini.
Bagi kehidupan peribadi pula, saya amat bersyukur dikurniakan 4 orang cahaya mata, seorang lelaki dan tiga perempuan. Anak lelaki sulung saya, Irshad Nurhakim, dulunya ialah pelajar SMT Tuanku Jaafar dalam jurusan Mekanikal. Beliau sekarang berada dalam tahun dua di Uniten, Bangi mengambil Ijazah Kejuruteraan Mekanikal di bawah tajaan MARA. Anak perempuan kedua saya, Nurul Hanan, juga berada dalam semester kedua mengambil Diploma dalam Perakauan di UITM, Lendu, Melaka. Anak perempuan ketiga dan keempat saya, Nurul Auni Nabilah dan Nurul Batrisyia, masih lagi di bangku sekolah dengan masing-masing dalam Tingkatan 3 di SMK Puteri dan Tahun 5 di SK Puteri, Seremban.
Setelah menetap hampir 20 tahun di Seremban, saya berasakan SMT Tuanku Jaafar dan warganya telah menjadi sebahagian daripada ‘keluarga besar’ saya. Walaupun saya tidak mempunyai saudara mara di Seremban, saya bertuah mempunyai ramai sahabat dan kenalan yang boleh berkongsi suka dan duka dalam saya menjalani kehidupan serta melunaskan tanggungjawab sebagai guru yang semakin mencabar. Akhir kata, saya sentiasa mengharapkan yang terbaik buat semua, khususnya anak-anak serta keluarga tercinta. Doa saya agar kehidupan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T. Amin.