Bersara di STTJ pada 2016.
Pn. Zainah bt Ibrahim
Pn. Zainah bt Ibrahim dilahirkan di Rembau Negeri Sembilan pada 3 September 1959. Anak bongsu daripada 6 adik-beradik dan dibesarkan dalam keluarga yang amat mementingkan disiplin. Bapa beliau seorang bekas tentera yang sangat tegas dan garang. Sementara ibu seorang yang amat penyayang dan mendidik anak-anak secara lemah lembut.
Mendapat pendidikan di Sek Men KGV sehingga tingkatan 6. Sepanjang persekolahan beliau tinggal di Asrama Puteri Melayu Seremban dan terpaksa berjalan kaki setiap hari sejauh 2 km untuk ke sekolah.
Setelah tamat tingkatan 6 beliau berpeluang mengikuti kursus Ijazah Pengajian Asia Tenggara di Universiti Malaya selama 3 tahun. Dengan izin Allah, usaha yang bersungguh-sungguh dan doa daripada ibu bapa, beliau berjaya menambatkan pengajian dan dikurniakan Ijazah Sarjana Muda Sastera Kelas Dua Atas pada tahun 1983. Oleh sebab minat yang mendalam dalam dunia pendidikan, beliau menyambung pengajian dan memperoleh Diploma Pendidikan di Universiti Malaya pada tahun 1985. Mula berkhidmat sebagai pendidik di SMTTJ pada tahun 1985 hingga ke hari ini. Di SMTTJ beliau kini memegang jawatan Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan dan mengajar mata pelajaran Sejarah. Beliau juga telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2002.
Pada tahun 1986, beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Othman bin Mohd Rashid dan dikurniakan 4 orang cahaya mata. Anak sulung beliau, Nur Syazwani kini sedang menuntut di semester akhir di UTM Skudai dalamJurusan Kejuruteraan Elektrik dan bakal bekerja di Tokyo, Jepun. Anak kedua, Amir Azemi sedang menuntut di MFI (UniKL) dalam Jurusan Kejuruteraan Mekatronik dan anak ketiga beliau menuntut di UiTM Melaka dalam Jurusan Perakaunan. Anak yang bongsu Ikmal Hazim kini sedang menuntut di tingkatan 2 di SMK Seremban 2.
Pada hujung minggu, beliau sekeluarga biasanya menghabiskan masa menanam pokok atau memancing. Bagi diri beliau kejayaan yang sebenar ialah kejayaan anak-anak, ketenangan dan kebahagiaan keluarga serta seiring dengan kejayaan dalam bidang kerjaya. “ Disiplin itu amat penting dalam apa jua bidang yang kita lakukan”.