Ahmad NzryShah Bin Mohamed Khalid
Menjadi Pengetua
SM Teknik Kuala Lumpur Pada Nov 2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada editor buletin kerana memberikan peluang kepada saya mengisi ruang “ Kenali GuruKu “ kali ini. Saya mulakan dengan latar belakang saya, dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah , Johor Baharu pada awal pagi 1hb Mei 1975. Diberikan nama Ahmad NzryShah Bin Mohamed Khalid. Nama yang agak pelik, namun saya melihatnya sebagai unik. Kelahiran dinanti kerana saya merupakan cucu lelaki pertama sebelah ibu, kepulangan saya umpama raja. Beras kunyit ditabur di muka pintu, arwah atuk tersenyum gembira kerana sebelum ini memiliki 3 cucu perempuan cerita ibu.
Ayahanda Mohamed Khalid Bin Sharif merupakan seorang pekerja kilang di Pekan Nenas dan ibu Rahmah Bin Abdullah suri rumah sepenuh masa. Dengan gaji RM 1.75 sejam ayah membesarkan kami sekeluarga. Masih saya ingat kenderaan utama kami sekeluarga ialah Basikal jenama Raleigh. Kehidupan serba kekurangan, tetapi ayah penuh gigih membesarkan kami sekeluarga. Semangat itulah menjadi pendorong kuat kepada saya. Kemudian ayah berhenti kerja dan menceburi perniagaan menjual sate. Bertitik tolak daripada itulah pendapatan kami sekeluarga berpunca daripada perniagaan. Daripada menjual sate menggunakan motor sikal di bandar Johor Baharu beralih ke pasar malam.
Sebagai anak sulung dalam keluarga, tenaga saya ditagih , saya mula membantu keluarga apabila berumur 13 tahun , bayangkan 5.30 pagi bangun ke sekolah, 2.00 petang balik dari sekolah dan 2.30 petang sudah bergerak untuk ke “Pasar Malam” sekitar pekan Kulai hingga ke Johor Baharu dan pulang ke rumah jam 12.30 malam . Penat memang penat, tapi nilai itulah yang jadikan saya kuat dan tabah menghadapi masalah yang mendatang. Susah senang bersama keluarga menjadi bekalan motivasi kepada saya.
Mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM tetapi mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pengajian ke universiti dan meneruskan pengajian di peringkat STPM. Jauh di sudut hati rasa terkilan, tetapi saya menganggap keputusan ini sebagai cabaran kerana tidak kira berapa kali anda gagal, yang penting bagaimana anda bangun selepas gagal. Alhamdulilah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan STPM dan mendapat tawaran ke Universiti Pertanian Malaysia dalam Bachelor Pendidikan ( Bimbingan dan Kaunseling ) pada tahun 1995. UPM memberi peluang kepada saya membina diri, terutama berkaitan dengan kualiti diri seperti komunikasi, cara kerja tidak kira sama ada melalui pembacaan mahupun penglibatan dalam kokurikulum. Terlibat secara aktif dengan Kokurikulum Kepimpinan Pelajar, banyak ilmu saya dapat , kerana saya percaya pembelajaran bukan hanya melalui pembacaan ia berlaku setiap hari dan seumur hidup dan pembelajaran tidak semestinya hanya berlaku di dalam bilik darjah. Pembelajaran berlaku sama ada kita sedari mahupun tidak.
Di UPM saya ditemukan dengan Netty Natahain Hj Hilaluddin, graduan Sains Komputer, bijak dan lemah lembut, berasal dari Negeri Sembilan. Berjanji untuk hidup bersama dan memeterai janji dengan ijab kabul pada 24 Disember 2002. Kini bertugas sebagai Guru IT di SMK Senawang. Dikurniakan 3 cahaya mata Arumi Amsyar 9 tahun, Nurin Awatif 6 tahun dan Nur’ain Raihanah 3 tahun. Mula bertugas di SMT Slim River pada penghujung tahun 1999 dan bertukar ke SMT Tuanku Ja’afar pada awal tahun 2010. Suka akan aktiviti lasak seperti mendaki gunung, orienteering, berkayak dan kini berbasikal. Suka akan sukan bola sepak dan Manchester United adalah pasukan pilihan saya. Falsafah diri “Walau beribu batu anda berjalan, sentiasa ingat di mana anda bermula” . Ilmu tiada batasan, kejarlah ilmu walau berapa usia anda dan setiasa berbuat baik kepada semua manusia kerana mereka mungkin, rakan, teman dan mungkin juga guru kepada anda . Bercita – cita untuk mencapai tahap tertinggi dalam pendidikan dan sedang mengatur strategi untuk mencapainya. Andai umur dikandung badan insya-Allah dengan izin-Nya cita – cita saya akan tercapai jua. Jejak hidup yang saya lalui dengan tema Kesusahan mengajar saya,membina diri saya dan menjadi guru kepada saya. Andai kata saya lalai, kesusahan tersebut mengingatkan saya. Saya sentiasa berdoa agar hidup saya sekeluarga dirahmati Allah dan mohon Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk mendidik anak bangsa. Secebis kisah hidup saya yang dapat dikongsikan bersama anak – anak pelajar sekalian. Yang baik jadikan teladan dan semuanya adalah kerana kehendak Nya jua. Sekian.