(Bersara sebagai Pengetua SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban pada 2022.)
Puan Hajah Minah binti Ahmad
Anak kelahiran bumi Hang Tuah. Dilahirkan di Batu 5, Bukit Rambai Melaka pada tanggal 14 Oktober 1962. Beliau ialah anak ke sembilan daripada 14 orang adik beradik. Ayah bekerja sendiri dan ibunya seorang surirumah. Semasa kecilnya di besarkan oleh ibu kerana ayahnya meninggal semasa beliau berumur 7 tahun. Dalam keperitan hidup beliau terpaksa menjual kuih ke sekolah untuk membeli buku dan keperluan sekolah. Dalam perit jerih menimba ilmu dan mencari rezeki demi sesuap nasi , beliau sentiasa berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mengubah nasib keluarga. Kejayaan ahli keluarga yang dapat melanjutkan pelajaran ke seberang laut menjadikan motivasi dalaman bagi beliau untuk menjejaki langkah ke menara gading.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, kemudian ke Sekolah Menengah Tanjung Keling(Sri Tanjung) , Ke SMK Munsyi Abdullah dan seterusnya ke SM Sains Melaka( Mozac). Melanjutkan pelajaran ke UTM Jalan Semarak dalam bidang sains serta pendidikan. Kegiatan kokurikulum yang diceburi di peringkat sekolah adalah bolajaring dan sukan olahraga terutama acara padang hingga ke peringkat daerah dan negeri. Semasa di Universiti beliau sangat aktif dalam persatuan Mahasiswa Islam UTM dan seringkali mengikuti kursus kesedaran Islam dan juga program Khidmat Masyarakat yang dianjurkan oleh pihak universiti. Beliau masih terlibat dalam kerja kemasyarakatan apabila meneraju pertubuhan Wanita NGO di peringkat Negeri Sembilan.
Sebagai guru , beliau telah berkhidmat di Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru, SMK Skudai ,Johor Bahru dan seterusnya ke sekolah Teknik Tuanku Jaafar Seremban hingga sekarang. Menjawat jawatan Guru Kanan Mata pelajaran Sains dan Matematik . Selama berada 25 tahun dalam bidang pendidikan, banyak pengalaman pahit manis telah dilalui bersama dengan pelajar dan rakan sejawat. Semua pengalaman dan cabaran dapat dihadapi dengan tabah . Kegigihannya menjadi pendorong kepada anak-anak beliau sehingga 4 daripada 9 anak-anaknya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Beliau telah mendirikan rumahtangga selama 26 tahun dengan Hj Abdullah Othman, seorang Pensyarah Kanan di UTM Space International College, Jalan Semarak Kuala Lumpur. Falsafah hidup beliau “ Di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. Jadilah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain dan bekerjalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.