Puan Rosniza bt Busu
Dilahirkan pada 15 Mac 1966 di Hospital Daerah Port Dickson. Dibesarkan oleh datuk dan nenek hinggalah saya berumah tangga. Kedua-dua insan yang paling saya sayang telah pun kembali ke rahmatullah . Moga roh mereka ditempatkan di sisi orang yang beriman. Amin… Saya mendapat pendidikan awal di Kampung Pandan Girl’s School (Putri Pandan Girl’s School) iaitu dari darjah 1 hingga darjah 6. Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Perempuan Bandar Raya, Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Tingkatan 4 hingga 6 atas di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar. Kemudian melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Kuala Terengganu (MPKTBR), pengkhususan Bahasa Inggeris (TESL).
Baru sebulan di maktab, saya mendapat tawaran biasiswa JPA melanjutkan pengajian di Universiti Gajah Mada, Indonesia dalam bidang Linguistik. Satu bidang yang amat saya minati, kononnya nak jadi macam Prof. Asmah Omar. Bukan mudah nak masuk ke universiti ini, tapi malangnya saya sudah menandatangani perjanjian dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Lagipun saya tidak mahu menyusahkan datuk dan nenek saya yang terpaksa membayar RM25,000 sekiranya saya ingin teruskan hasrat tersebut. Saya kuatkan semangat dan berazam akan teruskan niat menggenggam segulung ijazah selepas tamat kontrak.
Sebaik sahaja tamat pengajian di MPKTBR, saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Jalan 6, Bandar Baru Bangi selama 5 tahun. Sebaik sahaja tamat kontrak selama 5 tahun, saya terus mohon Universiti Putra Malaysia (UPM). Di UPM saya ambil pengkhususan Bahasa Melayu sebagai subjek major (Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama). Semasa di UPM saya mendirikan rumah tangga. Selepas tamat pengajian di UPM saya mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerteh, Terengganu kerana mengikut suami bertugas di sana.
Hampir 8 tahun saya menanti kelahiran permata hati, akhirnya doa saya dimakbulkan oleh Allah. Saya akhirnya dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Alif Imran. Sekarang dia berusia 9 tahun dan bersekolah di Sekolah Seri Seremban (ABIM). Pada tahun 2009 saya mohon berpindah ke Seremban. Pada mulanya saya ditempatkan di Sekolah Menengah Vokasional Ampangan, tetapi pada 16 Februari permohonan saya ke SMTTJ diterima. Saya berasa sangat gembira kerana dapat berkhidmat di sekolah lama, ibarat belut pulang ke lumpur, sirih pulang ke gagang. Tidak pernah terfikir untuk kembali ke sini, apatah lagi sebagai seorang guru. Guru-guru yang pernah mengajar saya 27 tahun yang lalu masih di sini. Siapakah mereka? Encik Wong Seng Yen yang baru sahaja bersara, Cik Yeo Kim Yen, Puan Lee Soh Hion dan Puan Zainah Ibrahim. Gembira sangat dapat berkhidmat bersama-sama dengan insan yang banyak berjasa kepada saya. Terima kasih cikgu. Sebagai mantan Ketua Pelajar SMTTJ, sudah pasti saya dan ALUMNI yang lain akan terus berusaha memastikan SMTTJ sentiasa gah dalam melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang!
Technical Institute (TI)I YOU’RE THE BEST.